BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

Foto saya
selama, perak, Malaysia
assalamualaikum wbt....salam buat semua sahabat dan cikgu2.trial makin dekat.harap,semua mendoakan kejayaan kami.amiinnn......


MY BELOVED FRIENDS..HIHI

Pengikut

Selasa, 9 Jun 2009

sejarah 2

Soalan 4 : Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Inggeris bagi memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 bukanlah satu perkara yang mudah untuk membina negara dan bangsa merdeka yang berdaulat. Namun, Persekuuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam keadaan yang agak istimewa. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, Kerajaan British telah memperkenalkan beberapa langkah. Antaranya ialah kerjasama antara penduduk berbilang kaum sebagai usaha awal, memberi peluang kepada pemimpin tempatan dalam dalam menuju pemerintahan sendiri, mengadakan pilihan raya umum pertama pada tahun 1955 dan rundingan kemerdekaan yang diadakan pada bulan Januari 1956. Suruhanjaya Perlembagaan turut dibentuk menggubal perlembagaan baru iaitu Suruhanjaya Reid bagi Tanah Melayu. Kemerdekaan Tanah melayu diisytiharkan pada 31 ogos 1957 di Stadium Merdeka ,Kuala Lumpur.

Langkah yang pertama ialah British meletakkan syarat kerjasama antara kaum untuk membolehkan Tanah Melayu mendapat taraf berkerajaan sendiri seterusnya kemerdekaan. Syarat ini bukan sahaja satu perkara baru yang diperkenalkan pada tahun 1950-an tetapi lebih awal daripada itu apabila British menjadikan Tanah Melayu sebagai negara untuk semua kaum melaui Rancangan Malayan Union. British menyedari keentingan mereka dari sudut ekonomi sangat penting. Oleh itu, Keselamatan di Tanah Melayu harus dipelihara dari percubaan PKM untuk melumpuhkan ekonomi dengan melancarkan mogok, memusnahkan ladang getah dan lombong bijih timah serta kemudahan insfrastruktur dilihat juga boleh menjejaskan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Keganasan PKM yang melancarkan pemberontakkan sepanjang tahun 1945 hingga 1948 mendatangkan kesan terhadap hubungan kaum di Tanah Melayu telah menimbulkan ketegangan dan pergaduhan terutama antara kaum cina dan orang melayu. Bagi membendung keadaan ini daripada berterusan, para pemimpin politik memikirkan usaha bagi mengatasi masalah perkauman. Satu Jawatankuasa Penubuhan Perhubungan Kum (CLC) ditubuhkan hasil rundingan antara ketua-ketua kaum di Tanah Melayu. CLC ini adalah betujuan untuk megerakkan usaha ke arah mewujudkan muhibah dan kerjasama antara kaum.

Langkah yang kedua ialah Kerajaan British mengambil langkah awal dengan memulakan usaha kearah berkerajaan sendiri. Pada bulan April 1950, Kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dan telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan dan dilaksanakan pada bulan Mac tahun yang sama. Sistem Ahli bertujuan untuk memberi laihan pentadbiran kepada penduduk tempatan. Melalui Sistem ini, beberapa Jabatan Kerajaan diletakkan di bawah tanggungjawab seorang ahli Majlis Undangan Persekutuan. Sesetangah Jabatan ditadbir oleh Britiah dan setengah lagi jabatan ditadbir oleh bebrapa orang pemimpin politik. Ahli-ahli ini bukannya dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi dilantik oleh Bitish.

Langkah yang ketiga adalah mengadakan pilihanraya peringkat penguasa tempatan yang diperkenalkan oleh British. Pilihan raya ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemimn dan penduduk tempatan tentang amalan demokrasi. Oleh itu pihak British memperkenalkan satu proses memilih ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan melalui pilihan raya. Pilihan raya di peringkat penguasa ini diadakan sebelum diperluaskan kepada pilihan raya negeri dan persekutuan. Daripada pilihan raya yang diadakan , UMNO dan MCA Berjaya memenangi 9 buah kerusi daripada 12 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini mendorong UMNO dan MCA mengadakan kerjasama secara kekal melalui penubuhan parti politik yang kuat. Pada tahun 1955, MIC yang mewakili kaum India juga menyertai Parti Perikatan.

Di samping iu pilihan raya umum pada 27 Julai 1955 merupakan salah satu langkah yang diambil oleh British untuk memberi taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pilihan raya ini diadakan untuk merebut 52 kerusi yang dipertandingkan. Seramai 1.6 juta orang mendaftar dan daripada jumlah itu, seramai 1.28 juta orang telah mendaftar sebagai pengundi. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman meletakkan calon bagi kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti Negara bertanding sebanyak 30 buah kerusi. PAS sebanyak 11 buah kerusi dan calon Bebas seramai 18 orang. Walaupun orang melayu merupakan pengundi terbesar, tetapi UMNO hanya bertanding sebanyak 35 kerusi , MCA sebanyak 15 buah kerusi dan MIC sebanyak 2 buah kerusi. Pembahagiaan kerusi ini mencerminkan tolak ansur antara 3 buah kaum.

Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan membentangkan manifesto yang bertemakan “Menuju ke Arah Kemerdekaan” yang menyentuh pelbagai bidang seperti politik, perlembagaan, pentadbiran, ekonomi, pendidikan . darurat dan sebagainya. Perkara yang dinyatakan ialah mandapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun. Kedudukan Raja-Raja Melayu dilindungi dan diertahankan sebagai perlembagaan masing-masing. Darurat juga ditamatkan secepat mungkin dengan menawarkan pengampunan secara beramai-ramai. Jika usaha ini gagal, Parti Perikatan akan menyerahkan semua punca tenaga untuk menghapuskan Komunis. Tunku Abdul Rahman sentiasa menekankan perasaan muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum supaya perjuangan kemerdekaan akan lenih mudah. Keputusan pilihan raya menunjukkan Parti Perikatan mencapai kemenangan cemerlang dengan menguasai 51 daripada 52 buah kerusi. Berikutan keputusan pilihan raya tersebut, Kerajaan British bersetuju memenuhi janjinya untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu dengan Sistem Ahli diubah kepada Sistem Kabinet.

Langkah yang seterusnya adalah mengadakan rundingan kemerdekaan. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan merdeka ke London untuk berunding dengan Kerajaan British mengenai kemerdekaan. Rombongan ini terdiri daripada 4 orang wakil wakil Sultan dan 4 orang wakil perikatan. Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox-Byod, setiausaha Tanah Jajahan British dan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam rundingan ini, beberapa perkara penting telah dipersetujui termasuklah Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 ogos 1957. Parti Perikatan meanggap keputusan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957 merupakan satu kejayaan besar yang dicapai iaitu 2 tahun lebih awal daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya pada tahun 1955.

Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan untuk Tanah Melayu yang baru merdeka juga sebagai langkah yang diambil Inggeris untuk mencapai kemerdekaan. Lord Reid, Habim Malik yang menjadi pengerusi telah mengetua Suruhanjaya ini. Ivor Jennings, Sir William Makell, Tuan bin Malik (hakim mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan) merupakan ahli-ahli yang menganggotai Suruhanjaya ini. Suruhanjaya Pelembagaan ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang berasaskan kepada pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Suruhanjay Reid telah mengumumkan sau rang undang-undang pada Febuarai 1957. Parti Perikatan membantah beberapa perkara seperti Islam tidak diterima sebagai agama rasmi di Tanah Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil bleh digunakan dalam perundangan Persekutuan selama 10 tahun selepas kemerdekaan dan seseorang dibenarkan mendapat dwikerakyatan iaitu menjadi rakyat Tanah Melayu dan sebuah negara lain pada masa yang sama. Rang undang-undang ini dikaji semula dan beberapa pindaan telah dbuat dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan berkuat kuasa pada 27 ogos 1957.

Pada 17 ogos 1957, Majli Perudangan Persekutuan telah mengesahkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan pada 31 ogos 1957, kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, kemerdekaan di Tanah Melayu telah dapat dicapai dalam tempoh yang lebih singkat iaitu 2 tahun lebih awal walaupun dalam manifesto pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan menetapkan tempoh 4 tahun untuk mendapatkan kemerdekaan. Pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu merupakan hasil tolak ansur antara kaum. Pemimpin terdahulu telah berusaha untuk mencapai kemerdekaan bagi negara ini dengan pelbagai cara terutamanya dengan menggunakan rundingan. Ini menunjukkan bahawa Parti Perikatan diterima oleh semua rakyat di Tanah Melayu.

0 ulasan: