BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

Foto saya
selama, perak, Malaysia
assalamualaikum wbt....salam buat semua sahabat dan cikgu2.trial makin dekat.harap,semua mendoakan kejayaan kami.amiinnn......


MY BELOVED FRIENDS..HIHI

Pengikut

Isnin, 14 Disember 2009

UNTUKKMU GURU..






dengan berat hati melangkah keluar dr smkddh ini.tingkatan 6 penentu hdp kami..doakan kami cikgu....


hehe..ni de something untuk cikgu sume.kalau ada salah tatabahsa mintak maaf.hehe...


dalam setiap kehidupan
tidak banyak hal yang berharga
antara yang berharga ialah ilmu
saat waktu azan menyambut kelahiran
hingga dewasa,ilmu terus mengalir dan berkembang..
digali,lalu diberi mentah-mentah kepada anak didikmu..


jasamu guru
tidak terbalas
meskipun diberi segala kemewahan
itu juga masih kecik
berbanding curahan ilmu dan kasih sayangmu guru..

wahai guru

kalian sebagai pewaris ilmu
kerana mu,
manusia mula mengenal A,B,C...1,2,3..
hinnga manusia hampir mampu membina segalanya..
manusia terhuyung hayang
tanpa bimbingan insan pemurah ini...
tidak semua manusia yang ikhlas menghalalkan ilmu untuk anak anak nya
ada manusia yang suka menghina,memperkecil insan yang tidak punya ilmu..
tetapi,tanggungjawab sebagai guru..
kalian galas seikhlasnya..
untuk anak bangsa.
maka,lahirlah ulama,cendiakawan,pemerintah,dan umat manusia yang berbakti pada semua..
anak anak didikmu mencapai kesederhaan
namun mereka masih 'insan' yang berguna..


berdekad sudah

berlindung di bawah bumbung smkdhh
kini,kami terpaksa melangkah keluar dari keanak anakan
memasuki dunia luas dugaan
setiap pelajaran
memandu ke arah kejayaan insyaALLAH..
kami mohon maaf,atas segala kesilapan
kami mohon,kalian doakan
kejayaan kami untuk membela bangsa kelak..
moga anak anak ini
menjadi khalifah ALLAH yang benar-benar mahu hidup kerana Nya..



ikhlas dr pelajar tingkatang 6 atas 2009..=)


Khamis, 13 Ogos 2009

SOALAN 2

Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota yang terkenal di Yunani. Bincangkan sistem pemerintahan bagi kedua-dua negara tersebut.

A. Pengenalan ( 3 markah )

  1. Pemerintahan Athens adalah bercorak monarki. Rakyat mula memberontak dan menggulingkan Raja Athens pada tahun 700 S.M kerana pemerintahan bersifat kuku besi. Rakyat juga ingin menyuarakan hak mereka dalam pemerintahan dan pentadbiran Negara.
  2. Athens terpaksa melalui beberapa perubahan dan reformasi sehingga terbentuknya sebuah kerajaan demokrasi. Pada tahun 500 S.M wakil rakyat dipilih dan demokrasi teln mula diamalkan di Athens.
  3. Pemerintahan Sparta bersifat ketenteraan. Rakyat Sparta diterapkan dengan prinsip bahawa setiap warganegara harus mengorbankan diri untuk mempertahankan kedaulatan dan kebebasan Negara mereka.


B. Isi ( 4 X 5 = 20 )


Sistem pemerintahan Athens (10 markah – Secara impression)


1. Negara kota Athens muncul antara tahun 800-500 S.M Athens mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui Assembly, Council, Majistret dan Juri.

i. Dewan Perhimpunan/Assembly dan Juri

· Diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens kecuali hamba

· Setiap warganegara hanya berrpeluang memegang salah satu tugas pentadbiran bagi tempoh masa enam bulan hingga setahun. sebanyak

· Dewan ini bersidang sebanyak 40 kali setahun dan 3 kali sebulan.

· Ahli-ahli dibenarkan untuk mengemukakan cadangan tentang dasar-dasar kerajaan.


ii. Majlis

· Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

· Dianggotai 500 ahli yang tidak dilantik tetapi dipilih melalui undian dan 50 orang daripada 10 suku kaum

· Menjalankan tugas harian kerajaan

· Dalam majlis ini pegawai terdiri daripada 10 orang jeneral yang berkuasa besar

iii. Majistret dan Juri

· Dianggotai oleh pegawai kerajaan

· Melaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh majlis

· Ahli terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik

· Terdapat 10 orang jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk tujuan menjaga keselamatan Negara.

· Pegawai yang terbabit dalam kesalahan akan dibuang negeri selama 10 tahun (ostracism)

· Orang yang bersalah diberikan hak untuk mempertahankan dirinya, keputusan juri adalah muktamad

· Keahlian juri terdiri daripada 101 orang sehingga 1001 orang mengikut keserasian kes.



Sistem Pemerintahan di Sparta (10 markah – impression)

2. Negara kota Sparta muncul sama dengan Athens antara 800-500 S.M. Negara Sparta mengamalkan pemerintahan bersifat authoritarian (kuku besi). Pemerintahan Sparta terdiri daripada institusi raja (2 orang), Dewan Perhimpunan, Majlis Orang Tua dan Ephors.

i. Institusi Raja

· Terdiri daripada dua orang raja yang dilantik untuk seumur hidup

· Kedua-dua raja adalah daripada keluarga yang bersaing

· Setiap seorang raja menyemak yang lain.

ii. Dewan Perhimpunan/Appela

· Mempunyai dewan Perhimpunan dalam sistem pemerintahannya

· Keanggotaan dan pelaksanaan tugas Dewan Perhimpunan Sparta adalah berbeza dengan Athens

· Dewan ini terdiri daripada semua kaum seramai 10 ribu orang yang berusia 30 tahun ke atas.

· Kaum wanita tidak boleh melibatkan diri termasuk golongan helots dan periokai

· Badan ini bertanggungjawab dalam pembentukan Council of Elders yang terdiri daripada 28 orang dewasa untuk membantu raja.

· Badan ini juga bertanggungjawab dalam perlantikan lima orang Ephors

· Perubahan yang dibuat dalam undang-undang Sparta memerlukan persetujuan dewan ini.

· Membincangkan perkara-perkara yang diutarakan oleh Ephors atau Council of Elders

· Badan ini juga melantik pegawai-pegawai awam kecuali raja

iii. Majlis Orang Tua/Gerousia

· Jumlah ahli seramai 28 orang bangsawan yang berusia lebih 60 tahun termasuk dua orang.

· Dilantik oleh Dewan Perhimpunan

· Badan ini berperanan menyelia kerja-kerja pentadbiran, menyediakan cadangan-cadangan untuk diajukan kepada Majlis Perhimpunan

· Bertindak sebagai mahkamah tertinggi untuk mengadili kes-kes jenayah

iv. Ephors

· Terdiri daripada 5 orang pegawai

· Paling berkuasa dan merupakan kerajaan sebenar

· Institusi ini dipilih untuk mentadbir selama setahun

· Kuasanya mengatasi Dewan Perhimpunan dan Majlis

· Berperanan mengawasi system pendidikan, pengagihan kekayaan, kehidupan rakyat dan mempunyai kuasa veto ke atas semua perundangan

· Mempengerusikan Assembly

· Mengadili kes-kes awam

· Mengendalikan hal ehwal luar Negara

· Berkuasa menentukan nasib bayi yang lahir

· Menjalankan hukuman di hadapan Majlis dan menyingkirkan raja.



C. Penutup ( 2 markah )

1. Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara sistem pemerintahan di Athens dan Sparta

2. Institusi Ephors merupakan badan pentadbir yang paling berkuasa di Sparta manakala di Athens, kuasa utama terletak di tangan Dewan Perhimpunan.

3. Kedua-dua negara kota ini dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan rakyatnya walaupun mengamalkan cara pentadbiran yang berbeza.

soalan sejarah asia

Soalan 9

Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa Barat di

Filipina dan Vietnam pada abad ke-19.

Pengenalan :

Kedatangan kuasa Barat di Filipina dan Vietnam dalam menimbulkan reaksi daripada penduduk tempatan. Di Filipina terdapat pelbagai penentangan penduduk tempatan kerana pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menindas penduduk tempatan. Mereka telah di tindas dalam aspek seperti ekonomi, politik dan sosial. Di Vietnam pula kedatangan Barat telah menimbulkan rasa curiga dan takut berlaku campur tangan dalam negara mereka. Oleh itu pemerintah Vietnam telah mengambil pelbagai langkah seperti mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat pengaruh dan campur tangan Barat di negara mereka.

Isi


A. Filipina


1. Pemberontakan Casi ( 1807 )

Ø Pembenrontakan Casi berlaku kerana kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri mmembuat arak ( casi ) . Pemberontak ini telah berlaku di Ilocos.

Ø Industri membuat arak ( casi ) adalah merupakan pekerjaan tradisional penduduk tempatan. Sepanyol bukan sahaja mengharamkan penjualan dan penggemblengan casi malahan telah memonopoli industri membuat arak di Filipina.

Ø Rakyat tempatan dipaksa membeli arak daripada kerajaan Sepanyol. Ini menimbulkan perasaan tidak hati penduduk tempatan dan mereka telah melancarkan pemberontakan. Pemberontakan ini akhirnya dapat ditewaskan.


2. Pemberontakan Novales ( 1823 )

Ø Tentera Filipina menentang amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.

Ø Dalam pemberontakan ini, tentera Filipina hampir menawan Manila.


3. Pemberontakan Tayabas ( 1840 )

Ø Pemberontakan ini dilancarakan oleh golongan paderi yang diketuai oleh seorang paderi yang bernama Apolinario de La Cruz.

Ø Pemberontak ini berlaku kerana paderi Sepanyol diberi pelbagai keistimewaan manakala paderi tempatan dilayan dengan buruk.

Ø Pemberontak Tayabas dapat ditewaskan kerana tiada peminpin yang berkaliber.


4. Pemberontakan Cavite ( 1872 )

Ø Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera dan paderi. Seramai 200 orang tentera terlibat dalam pemberontakan ini. Ia diketuai oleh Sarjan Lamadrid.

Ø Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak setanding dengan tentera Sepanyol.

Ø Dalam pemberontakan ini Sepanyol berjaya membunuh peminpin tentera dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada tiga orang paderi Filipina iaitu Mariano Comez, Jose Burgos dan Jucinto Zamaro.

Ø Pembunuhan paderi-paderi ini telah membangkitkan lagi perasaan anti-Sepanyol di kalangan rakyat.


5. Gerakan Propaganda ( 1882 – 1896 )

Ø Gerakan ini disertai oleh golongan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutamanya di luar Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882.

Ø Gerakan ini muncul kerana tindakan pemerintah Sepanyol yang semakin melampau sehingga ramai peminpin Filipina dihalau keluar dari Filipina.

Ø Gerakan ini juga turut disertai oleh golongan profesonal antaranya ialah Dr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.

Ø Mereka mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol dan memperjuangkan perubahan di Filipina melalui media massa serta perjuangan untuk persamaan taraf antara pegawai kerajaan Filipina dengan pegawai Sepanyol.

Ø Idea Gerakan propaganda disebarkan melalui akhbar La Solidaridad.

Ø Pada tahun 1887 – 1892 berlaku penganiayaan oleh pegawai dan paderi Sepanyol. Akibatnya pendapat mereka merosot dan ada di antara mereka diusir. Gerakan Propaganda telah melancarkan protes terhadap kezaliman Sepanyol.

Ø Pada tahun 1892, Jose Rizal kembali ke Filipina dan menubuhksn Liga Filipina. Liga Filipina menitikberatkan kemajuan ekonomi bertujuan memberi perlindungan kepada orang Filipina yang dianiaya dan juga berjuang mewujudkan keadilan.

Ø Penentangan Liga Filipina ini menyebabkan kerajaan Sepanyol membubarkan Liga Filipina dan Jose Rizal dibuang negeri pada tahun 1892.


6. Revolusi 1896 oleh Katipunan.

Ø Revolusi bersenjata dilakukan oleh Katipunan bagi menggulingkan kerajaan Sepanyol melalui pemberontakan bersenjata dan menyatukan orang-rang Filipina menjadi satu bangsa yang kukuh

Ø Liga Filipina ditubuhkan akibat penangkapan Jose Rizal. Liga Filipina ditubuhkan Andres Bonifacio dengan bantuan Teodoro Plata dan Ladislao Diwa. Misalnya.

i. Adnres Bonifacio – Love of Fatherland, Farewell, Duties of the People.

ii. Jacinto – To My Fatherland, Ligh and Darkness

iii. Dr. Valenzuala – Liberty, Is it fair

Ø Kemelesetan ekonomi di Filipina pada tahun 1893 tidak memberi peluang kepada Katipunan untuk menguatkan kedudukannya disebabkan Katipunan gagal mendapat bantuan dari ilustrado yang tidak setuju dengan dasar perjuangan Katipunan yang bersifat revolusiner. Adres Bonafacio bukan daripada golongan terpelajar. Andres Bonifacio dan Jacinto cuba meminta bantuan moral dan membeli senjata dari Jepun tetapi tidak berjaya kerana kekurangan wang.

Ø Pemberontakan Katipunan 1896. Rizal dijatuhkan hukuman bunuh. Katipunan yang bersedia untuk melancarkan pemberontakan mengalami kegagalan kerana diketahuai oleh Sepanyol. Ramai ahli Katipunan dipenjarakan. Andres Bonifacio dan ahli-ahlinya berundur ke bukit-bukit Balintawda dekat Manila. Beliau mengisytiharkan revolusi terhadap Sepanyol. Pemberontakan ini gagal dan beliau telah digulingkan oleh Emilio Aquinaldo.

Ø Perjanjian Biacnabato ditandatangani antara Katipunan dengan Sepanyol pada Disember 1897. Katipunan bersetuju meletakkan senjata. Sepanyol bersetuju membayar ganti rugi. Sebagai balas Emilio Aguinaldo mesti meningggalkan Filipina dan pergi ke Hong Kong.

Ø Amerika menyerang Teluk Manila pada tahun 1898. Emilio Aguinaldo dibawa balik untuk membantu Amerika Syarikat. Pada tahun 1898, Republik Filipina disytiharkan. Amerika memerintah Filipina sebagai tanah jajahanya. Katipunan telah dibubarkan.



B. Vietnam.

Masyarakat Vietnam tidak menerima kehadiran kuasa Barat di negara mereka. Maharaja-maharaja Vietnam telah mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat kehadiran Barat.


1. Maharaja Gia Long.

Ø Maharaja Gia Long telah berjaya menaiki takhta dan ditabalkan sebagai Maharaja Vietnam. Baginda menaiki tahta dengan bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Perancis Pigneau de Behaine. Pada peringkat awal pemerintahannya baginda telah memberi layanan baik kepada sukarelawan Perancis kerana sebagai membalas jasa dengan bantuan yang diberikan oleh Pigneau de Behaine dan sukarelawan-sukarelawan Perancis.

Ø Setelah kematian Pigneau ,Maharaja Gia Long tidak lagi suka dengan penglibatan orang-orang Perancis dan Barat dalam negaranya . Baginda enggan memberi keistimewaan kepada kuasa Barat. Baginda juga telah mengamalkan dasar pintu tertutup.

Ø Maharaja Gia Long berpendapat bahawa dasar pintu tertutup dapat menjamin keselamatan dan kedaulatan Vietnam daripada dicerobohi oleh kuasa Barat. Tambahan pula, Maharaja Gia Long sentiasa mencurigai tujuan sebenar kedatangan kuasa Barat.


2. Maharaja Minh-mang.

Ø Seorang yang pengikut ajaran Confucius . Baginda juga mengamalkan dasar pintu tertutup. Beliau sangat benci dengan Barat, bimbang campur tangan Barat terhadap hal-ehwal dalam negeri

Ø Pada tahun 1822, baginda menolak permintaan utusan British iaitu John Crawford mengadakan hubungan dengan Vietnam. Baginda berpendapat jika diberi keistemewaan yang sama, maka kuasa-kuasa lain akan turut menuntut keistimewaan yang sama. Keadaan akan mencabar kedaulatan dan keselamatan Vietnam.

Ø Dasar Ming-mang terhadap kuasa Barat didapati lebih keras daripada Gia Long. Maharaja Ming-mang bertindak lebih keras terhadap mubaligh Perancis. Baginda telah bertindak keras terhadap mubaligh kristian dengan membunuh beberapa orang mubaligh kristian. Baginda juga telah menutup semua pelabuhan Vietnam kepada kapal-kapal asing. Perdagangan hanya terhad dijalankan dengan negara China.

Ø Pada tahun 1825, Maharaja Minh-mang mengeluarkan satu undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian. Maharaja Ming-mang telah menganiaya penganut Kristian dan telah membinasakan gereja mereka. Dua orang mubaligh Kristian Perancis telah dihalau keluar Vietnam iaitu Chaigneau dan Vanier.

Ø Perang Candu 1 yang menyebabkan China kalah kepada British telah menyedarkan Maharaja Minh-mang Vietnam akan menerima nasib yang sama jika masih enggan menjalinkan hubungan dengan Barat.

Ø Pada tahun 1840, Maharaja Ming-mang telah menghantar satu utusan diplomatik yang terdiri daripada dua Mandarin dan dua orang juru bahasa ke Perancis. Walau bagai manapun , utusan ini gagal kerana Raja Perancis, Louis Philippe enggan menerima selepas Societe des Missioan Estrangeres membuat aduan tentang layanan burut Vietnam terhadap orang-orang Kristian.


3. Maharaja Thieu Tri ( 1841- 1847 )

Ø Terus mengamalkan dasar tutup pintu. Meneruskan dasar pemencilan dan anti agama Kristian. Hubungan Vietnam dengan Perancis semakin renggang. Maharaja Thieu Tri terus mengamalkan dasar anti-Barat dan menganiaya penganut agama Kristian dengan lebih agresif.


4. Maharaja Tu Duc ( 1848 – 1883 )

Ø Maharaja Tu Duc meneruskan dasar pintu tertutup Vietnam tanpa menyedari kesannya ke atas China.

Ø Antara tahun 1851- 1852 dua orang paderi Perancis iaitu Father Augustin Schoeffker dan Father Jean Louis Bonnard dihukum bunuh. Pada tahun1856, seorang mubaligh Katolik Perancis diseksa dan dibunuh.

Ø Pada tahun 1857 pula, Maharaja Tu Duc membenarkan hukuman bunuh ke mubaligh di Vietnam serta penyokong politik di Perancis. Pada tahun 1852, pemerintah Perancis iaitu Napoleon 111 ingin memulihkan kegemilangan Perancis. Napoleon telah terhadap Vietnam tetapi dasar ini tidak disedari oleh Tu Duc. Tu Duc meneruskan dasar penganiagaan yang agresif terhadap mubaligh-mubaligh Kristian.

Ø Kesilapan Maharaja Tu Duc membunuh Bishop Sepanyol, iaitu Mgr.Diaz atas satu tuduhan mengambil bahagian dalam satu pemberontakan menentangnya telah melibatkan Sepanyol dalam pertikaian Vietnam – Perancis.

Ø Perancis telah menghantar wakil mereka, de Montiguy untuk membuat beberapa tuntutan seperti menjamin kebebasan beragama di Veitnam, menubuhkan sebuah syarikat perdagangan Perancis di Hue dan melantik seorang Konsul Perancis. Namun semua tuntutan ini ditolak.

Ø Angkatan Peranci-Sepanyol di bawah pimpinan Laksamana Rigault de Genouily telah menyerang dan menduduki Tourane pada tahun 1858. Sedikit demi sedikit wilayah-wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis.



Kesimpulan.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa kedatangan Barat ke Filipina dan Vietnam telah mendapat tentangan daripada pendududukan tempatan. Di Filipina telah terdapat beberapa penentangan terhadap pentadbiran dan dasar-dasar yang dijalankan oleh Sepanyol. Penentangan masyarakat Vietnam dilakukan oleh Maharaja-maharaja Vietnam yang anti-Barat dan anti agama Kristian. Maharaja Vietnam telah melakukan dasar pintu tertutup. Akibat dasar anti Barat dan agama Kristian wilayah Vietnam sedikit demi sedikit telah ditakluki oleh Perancis