Perang Candu 1856-1860
Pengenalan
Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengekibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.
Sebab-sebab
1. Kelemahan Perjanjian Nanking
Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860. Keengganan China untuk mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British.
a. Masalah Amoy dan Ningpo
Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing. Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat. Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dan British.
b. Masalah Canton dan Foochow
Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga bersikap anti asing. Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan kapal perang British membedil Canton. Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6 orang rakyat British. Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan British.
c. Masalah candu
Orang-orang cina mendakwa peperangan British dengan China 1839-1842 berlaku kerana masalah candu. Walau bagaimanapun, Perjanjian Nanking, tidak terdapat sebarang syarat yang berkaitan dengan perdagangan candu. Candu terus dibawa masuk ke negeri China dengan kadar yang lebih banyak.
1843 – 33000 peti
1848 – 46000 peti
1850 – 52929 peti
Kemasukan candu menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial pula, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China yang menjadi penagih candu. Desakan China supaya British menghentikan perdagangan candu dan keengganan British mematuhi arahan China telah meruncingkan hubungan antara mereka.
d. Cohong
Mengikut Perjanjian Nanking, sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing dihapuskan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1840-an dan 1850-an terdapat usaha pihak penguasa China untuk menghidupkan kembali sistem cohong di mana bekas anggota cohong diberi monopoli dalam perdagangan teh. Tindakan ini mendapat bantahan pedagang-pedagang asing terutamanya pedagang British kerana mereka menganggap kewujudan semula sistem cohong akan menjejaskan perdagangan asing, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka terlibat dalam perdagangan teh.
e. Hubungan diplomatik
Mengikut Perjanjian Nanking, China bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa barat atas dasar sama taraf. Syarat ini kemudiannya tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap tindakan tersebut akan menjatuhkan maruah China. Orang-orang China masih menganggap negara China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Kao" yang lebih bertamadun. Orang-orang asing masih dianggap sebagai barbarian, gasar atau “fan kwae” iaitu hantu-hantu asing yang tidak bertamadun. Kedatangan orang asing masih lagi dianggap sebagai kehadiran wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di bawah kekuasaan China. Pada 1849, Setiausaha Luar British Lord Palmerston telah mengutus surat kepada Maharaja Toa Kuang mendesak China mewujudkan hubungan diplomatik dengan British. Walau bagaimanapun, surat ini tidak mendapat layanan pihak China. Sehingga tahun 1856, tidak terdapat sebarang kuasa barat yang berjaya mewujudkan diplomatik dengan China.
f. Krisis ekonomi
Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka.
g. Mambaharui perjanjian
Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji semua syarat-syarat Perjanjian Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat Perjanjian Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24 Oktober 1844 antara China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut akan dikaji semula dalam tempoh 12 tahun. British menuntut keistimewaan ini berdasarkan prinsip “layanan negara yang diutamakan”. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian Nanking perlu dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tambahan seperti kebebasan berdagang di kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan juga untuk menempatkan perwakilan diplomatik di Peking. Desakan British supaya China mengkaji semula syarat Perjanjian Nanking dan keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah meruncingkan hubungan antara mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.
2. Pembunuhan Augustus Chapdelaine
Pada Februari 1856, seorang mubaligh Perancis iaitu Augustus Chapdelaine telah dibunuh di Sin Lin di wilayah Kwangsi atas tuduhan mempengaruhi penduduk tempatan menentang pemerintahan Manchu. Pembunuhan ini telah melanggar prinsip “Hak Wilayah Asingan” yang diberikan kepada Perancis dalam Perjanjian Whampoa 1844. Akibatnya Perancis menyertai British untuk memerangi China dengan tujuan untuk menuntut bela di atas kematian Augustus Chapdelaine. Selain itu, Perancis mahu mengalahkan China dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan lain di China.
3. Kuasa lain
Selain British dan Perancis, peperangan 1856-1860 juga disertai oleh Amerika dan Rusia. Angkatan Amerika dipimpin oleh William Reed dan angkatan Rusia dipimpin oleh Count Putyatin. Mereka menyertai peperangan dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan di China sekiranya berjaya mengalahkan negeri China. Selain itu, mereka mahu menjamin kejayaan British kerana kekalahan British bukan sahaja akan menjejaskan kepentingan British, tetapi juga kepentingan kuasa-kuasa barat lain di China.
4. Peristiwa “Arrow”
Pada 8 Oktober 1856, polis peronda China atas arahan Pesuruhjaya Tinggi Yeh Min Chen telah menaiki kapal “Arrow” dan menangkap 12 daripada 14 anak kapalnya atas tuduhan terlibat dalam penyeludupan dan pelanunan. Kapal “Arrow” kepunyaan seorang saudagar China yang didaftarkan di Hong Kong. Nahkodanya seorang British dan kapal ini mengibarkan bendera “Union Jack”. Tindakan polis peronda China dianggap menjatuhkan British lebih-lebih lagi bendera “Union Jack” diturunkan. Gabenor Hong Kong, iaitu Sir John Bowring telah mengarahkan konsul British di Canton Harry Parkes mendesak Yeh Min Chen membebaskan anak kapal “Arrow” dan memohon maaf secara rasmi daripada British. Walaupun anak kapal “Arrow” kemudiannya dibebaskan tetapi Yeh Min Chen enggan memohon maaf. Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers menganggap peristiwa “Arrow” sebagai faktor segera yang mengakibatkan peperangan antara British dengan China 1856-1860.
Peristiwa peperangan
Berikutan daripada peristiwa Arrow, angkatan British di bawah Laksamana Seymour menyerang Canton pada 23 Oktober 1856. Walau bagaimanapun, serangan ke atas China kemudiannya dihentikan kerana tidak mendapat kebenaran Kerajaan British dan juga kerana berlakunya Dahagi India pada Mei 1857 di mana tentera British terpaksa dikerahkan ke India. Bila keadaan di India telah reda, serangan ke atas China diteruskan. Angkatan British dipimpin oleh Lord Elgin, Perancis oleh Baron Gros, Amerika oleh William Reed dan Rusia oleh Count Putyatin. Pada 29 Disember 1857, mereka menyerang Canton. Pada April 1858, angkatan barat menyerang Shanghai. Pada 20 Mei 1858, angkatan barat memusnahkan kubu China di Taku dan seterusnya menawan Tientsin. Kejatuhan Tientsin menyebabkan China bersetuju mengadakan rundingan. Pihak China diwakili oleh Kuei Ling dan Hu Shana manakala pihak barat diwakili oleh Lord Elgin (British), Baron Gros (Perancis), William Reed (Amerika) dan Count Putyatin (Rusia). Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian Tientsin ditandatangani pada 26 Jun 1858. Syarat-syaratnya ialah :
1. China bersetuju mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat. Perwakilan diplomatik akan ditempatkan di Peking.
2. 11 pelabuhan China dibuka kepada pedagang asing iaitu Newchwang, Nanking, Kiukiang, Chinkiang, Swatow, Tainan, Tanshui, Hankow, Kiungchow, Tungchow dan Chefoo.
3. Mubaligh diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian dan mereka mendapat perlindungan dari China.
4. Orang asing yang mempunyai passport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa China diberi kebenaran untuk meneroka kawasan pedalaman China.
5. Kapal perdagangan asing dibenarkan belayar di sepanjang Sungai Yangtze hingga ke Hankow.
6. Perdagangan candu dibenarkan dan cukai ke atas candu ditetapkan sebanyak $21.60 satu peti.
7. Cukai import dan eksport ditetapkan sebanyak 5%.
8. Kuasa asing diberi kebenaran untuk menempatkan konsul mereka di tiap-tiap pelabuhan perjanjian.
9. Kapal perang asing dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan China dengan tujuan untuk dibaiki ataupun mendapat bekalan.
10. China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 4 juta taels kepada tiap-tiap kuasa barat yang terlibat dalam Perang Arrow.
11. Kuasa asing mendapat “Hak Wilayah Asingan”
12. China tidak akan menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut.
13. Kowloon diserahkan kepada British.
Selepas Perjanjian Tientsin ditandatangani angkatan barat kembali ke Hong Kong. Maharaja Hsien Feng mengarahkan panglimanya Sengko Lin Chin membina semula kubu China di Taku yang telah dimusnahkan oleh pihak barat. British menganggap tindakan China sebagai percubaan tidak mahu mematuhi syarat-syarat Perjanjian Tientsin. Akibatnya angkatan British di bawah Lord Elgin dan angkatan Perancis di bawah Baron Gros telah mara ke utara. Mereka mendapat bantuan daripada Jeneral Hope Grant (British) dan Jeneral De Moutouban (Perancis). Pada Ogos 1860 mereka berjaya menawan Tientsin. Pada Oktober 1860, mereka menyerang Peking dan memusnahkan “Istana Musim Panas”. Maharaja Hsien Feng melarikan diri ke Jehol. Pihak China kemudiannya bersetuju mengadakan rundingan. Mengikut rundingan tersebut, China diwakili oleh Putera Kung, British diwakili oleh Lord Elgin dan Perancis oleh Baron Gros. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian Peking ditandatangani pada 24 Oktober 1860. Syarat-syaratnya ialah :
1. China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels kepada British dan 2 juta taels kepada Perancis. British akan menduduki Tientsin sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.
2. Tientsin dibuka kepada pedagang asing.
3. Pulau Stone Cutter diserahkan kepada British.
4. Mubaligh diberi kebenaran untuk membeli atau menyewa tanah serta membina bangunan di China.
5. China tidak akan menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut.
6. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang telah ditandatangani antara China dengan kuasa-kuasa barat.
Kesan-kesan
1. Menyedarkan China barat lebih superior
Kekalahan China dalam Perang Candu kedua merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad. Kekalahan inimenyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada China. Buktinya mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di negeri China. Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894”.
2. Merugikan China
Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking yang ditandatangani amat merugikan pihak China. China terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels kepada kuasa-kuasa barat yang terlibat dalam Perang Arrow. Dalam Perjanjian Tientsin misalnya ganti rugi sebanyak 4 juta taels telah dibayar kepada setiap kuasa barat, iaitu Perancis, Rusia, Amerika dan British. Dalam Perjanjian Peking pula, British dan Perancis masing-masing dibayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels lagi. Selain bayaran ganti rugi, China juga terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang banyak. Kemasukan barangan barat pula menjejaskan industri tempatan sehingga banyak yang terpaksa ditutup. Kemasukan candu telah merugikan lagi pihak China.
3. Menguntungkan British
Di pihak British pula, Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking amat menguntungkan mereka. Mereka telah mendapat ganti rugi sebanyak 6 juta taels iaitu 4 juta taels di bawah Perjanjian Tientsin dan 2 juta taels lagi di bawah Perjanjian Peking. Selain itu mereka juga mendapat Kowloon dan Pulau Stone Cutter. Tambahan pula, mereka juga diberi kebenaran yang lebih luas untuk berdagang di pelabuhan-pelabuhan perjanjian. Di samping itu, China juga menjadi pasaran kepada barangan keluaran industri barat serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera.
4. Menguntungkan kuasa-kuasa lain
Selain British, Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking juga menguntungkan kuasa-kuasa barat yang lain termasuklah Perancis, Rusia dan Amerika. Di bawah Perjanjian Tientsin misalnya setiap kuasa tersebut telah dibayar ganti rugi sebanyak 4 juta taels manakala dalam Perjanjian Peking, Perancis telah dibayar ganti rugi tambahan sebanyak 2 juta taels. Selain itu, kuasa-kuasa barat ini juga dibenarkan berdagang sepanjang tahun di pelabuhan-pelabuhan perjanjian. China kemudiannya turut menjadi pasaran kepada barangan keluaran industri barat serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera.
5. Lahir dua golongan
Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam masyarakat China iaitu golongan pro barat dan golongan anti barat. Golongan pro barat meniru idea-idea barat untuk dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang barat serta pengaruh mereka di China. Contohnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 rahib wanita. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke China.
6. Hubungan diplomatik
Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat. Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac 1861. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah Anson Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah. Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
7. Pengaruh barat
Pembukaan lebih banyak pelabuhan China dan keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada pedagang asing telah mengakibatkan kemasukan pengaruh barat di negeri China. Ramai rakyat China telah terpengaruh dengan budaya barat. Kebebasan yang diberi kepada mubaligh-mubaligh telah menyebabkan ramai rakyat China terutamanya golongan muda di pelabuhan-pelabuhan perjanjian memeluk agama Kristian.
8. Penglibatan orang barat
Sejak tahun 1861, ramai orang barat terlibat dalam hal ehwal pentadbiran orang Cina. Mereka dilantik untuk membantu China memodenkan pentadbiran mengikut sistem pentadbiran barat. Semasa pelaksanaan “Gerakan Memperkuatkan Diri”, pihak China telah mengambil ramai pegawai barat untuk memodenkan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Antara mereka ialah Robert Hart, Horatio N. Lay dan W.A.P. Martin.
9. Menjatuhkan maruah
Kekalahan dalam perang Arrow merupakan kekalahan kedua Manchu kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad. Kekalahan ini telah menjatuhkan maruah Manchu serta menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap Kerajaan Manchu. Kekalahan ini juga mendedahkan kelemahan tentera serta kerendahan imej mereka. Akibatnya gerakan anti Manchu semakin bertambah terutamanya di kawasan selatan. Orang-orang China menganggap Kerajaan Manchu telah kehilangan mandat untuk memerintah negeri China. Antara pemberontakan itu termasuklah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Nien dan Pemberontakan Muslim.
10. Krisis ekonomi
Perang Arrow telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi di China.
11. Penghijrahan
Selepas Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula, Kerajaan China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas termeterainya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking. Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di China.
oleh SP Star
About Me
- the.senior!
- selama, perak, Malaysia
- assalamualaikum wbt....salam buat semua sahabat dan cikgu2.trial makin dekat.harap,semua mendoakan kejayaan kami.amiinnn......
MY BELOVED FRIENDS..HIHI
Pengikut
Selasa, 9 Jun 2009
perang candu
sejarah 2
Soalan 4 : Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Inggeris bagi memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 bukanlah satu perkara yang mudah untuk membina negara dan bangsa merdeka yang berdaulat. Namun, Persekuuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam keadaan yang agak istimewa. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, Kerajaan British telah memperkenalkan beberapa langkah. Antaranya ialah kerjasama antara penduduk berbilang kaum sebagai usaha awal, memberi peluang kepada pemimpin tempatan dalam dalam menuju pemerintahan sendiri, mengadakan pilihan raya umum pertama pada tahun 1955 dan rundingan kemerdekaan yang diadakan pada bulan Januari 1956. Suruhanjaya Perlembagaan turut dibentuk menggubal perlembagaan baru iaitu Suruhanjaya Reid bagi Tanah Melayu. Kemerdekaan Tanah melayu diisytiharkan pada 31 ogos 1957 di Stadium Merdeka ,Kuala Lumpur.
Langkah yang pertama ialah British meletakkan syarat kerjasama antara kaum untuk membolehkan Tanah Melayu mendapat taraf berkerajaan sendiri seterusnya kemerdekaan. Syarat ini bukan sahaja satu perkara baru yang diperkenalkan pada tahun 1950-an tetapi lebih awal daripada itu apabila British menjadikan Tanah Melayu sebagai negara untuk semua kaum melaui Rancangan Malayan Union. British menyedari keentingan mereka dari sudut ekonomi sangat penting. Oleh itu, Keselamatan di Tanah Melayu harus dipelihara dari percubaan PKM untuk melumpuhkan ekonomi dengan melancarkan mogok, memusnahkan ladang getah dan lombong bijih timah serta kemudahan insfrastruktur dilihat juga boleh menjejaskan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
Keganasan PKM yang melancarkan pemberontakkan sepanjang tahun 1945 hingga 1948 mendatangkan kesan terhadap hubungan kaum di Tanah Melayu telah menimbulkan ketegangan dan pergaduhan terutama antara kaum cina dan orang melayu. Bagi membendung keadaan ini daripada berterusan, para pemimpin politik memikirkan usaha bagi mengatasi masalah perkauman. Satu Jawatankuasa Penubuhan Perhubungan Kum (CLC) ditubuhkan hasil rundingan antara ketua-ketua kaum di Tanah Melayu. CLC ini adalah betujuan untuk megerakkan usaha ke arah mewujudkan muhibah dan kerjasama antara kaum.
Langkah yang kedua ialah Kerajaan British mengambil langkah awal dengan memulakan usaha kearah berkerajaan sendiri. Pada bulan April 1950, Kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dan telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan dan dilaksanakan pada bulan Mac tahun yang sama. Sistem Ahli bertujuan untuk memberi laihan pentadbiran kepada penduduk tempatan. Melalui Sistem ini, beberapa Jabatan Kerajaan diletakkan di bawah tanggungjawab seorang ahli Majlis Undangan Persekutuan. Sesetangah Jabatan ditadbir oleh Britiah dan setengah lagi jabatan ditadbir oleh bebrapa orang pemimpin politik. Ahli-ahli ini bukannya dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi dilantik oleh Bitish.
Langkah yang ketiga adalah mengadakan pilihanraya peringkat penguasa tempatan yang diperkenalkan oleh British. Pilihan raya ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemimn dan penduduk tempatan tentang amalan demokrasi. Oleh itu pihak British memperkenalkan satu proses memilih ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan melalui pilihan raya. Pilihan raya di peringkat penguasa ini diadakan sebelum diperluaskan kepada pilihan raya negeri dan persekutuan. Daripada pilihan raya yang diadakan , UMNO dan MCA Berjaya memenangi 9 buah kerusi daripada 12 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini mendorong UMNO dan MCA mengadakan kerjasama secara kekal melalui penubuhan parti politik yang kuat. Pada tahun 1955, MIC yang mewakili kaum India juga menyertai Parti Perikatan.
Di samping iu pilihan raya umum pada 27 Julai 1955 merupakan salah satu langkah yang diambil oleh British untuk memberi taraf berkerajaan sendiri dan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pilihan raya ini diadakan untuk merebut 52 kerusi yang dipertandingkan. Seramai 1.6 juta orang mendaftar dan daripada jumlah itu, seramai 1.28 juta orang telah mendaftar sebagai pengundi. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman meletakkan calon bagi kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti Negara bertanding sebanyak 30 buah kerusi. PAS sebanyak 11 buah kerusi dan calon Bebas seramai 18 orang. Walaupun orang melayu merupakan pengundi terbesar, tetapi UMNO hanya bertanding sebanyak 35 kerusi , MCA sebanyak 15 buah kerusi dan MIC sebanyak 2 buah kerusi. Pembahagiaan kerusi ini mencerminkan tolak ansur antara 3 buah kaum.
Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan membentangkan manifesto yang bertemakan “Menuju ke Arah Kemerdekaan” yang menyentuh pelbagai bidang seperti politik, perlembagaan, pentadbiran, ekonomi, pendidikan . darurat dan sebagainya. Perkara yang dinyatakan ialah mandapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun. Kedudukan Raja-Raja Melayu dilindungi dan diertahankan sebagai perlembagaan masing-masing. Darurat juga ditamatkan secepat mungkin dengan menawarkan pengampunan secara beramai-ramai. Jika usaha ini gagal, Parti Perikatan akan menyerahkan semua punca tenaga untuk menghapuskan Komunis. Tunku Abdul Rahman sentiasa menekankan perasaan muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum supaya perjuangan kemerdekaan akan lenih mudah. Keputusan pilihan raya menunjukkan Parti Perikatan mencapai kemenangan cemerlang dengan menguasai 51 daripada 52 buah kerusi. Berikutan keputusan pilihan raya tersebut, Kerajaan British bersetuju memenuhi janjinya untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu dengan Sistem Ahli diubah kepada Sistem Kabinet.
Langkah yang seterusnya adalah mengadakan rundingan kemerdekaan. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan merdeka ke London untuk berunding dengan Kerajaan British mengenai kemerdekaan. Rombongan ini terdiri daripada 4 orang wakil wakil Sultan dan 4 orang wakil perikatan. Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox-Byod, setiausaha Tanah Jajahan British dan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam rundingan ini, beberapa perkara penting telah dipersetujui termasuklah Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 ogos 1957. Parti Perikatan meanggap keputusan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957 merupakan satu kejayaan besar yang dicapai iaitu 2 tahun lebih awal daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya pada tahun 1955.
Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan untuk Tanah Melayu yang baru merdeka juga sebagai langkah yang diambil Inggeris untuk mencapai kemerdekaan. Lord Reid, Habim Malik yang menjadi pengerusi telah mengetua Suruhanjaya ini. Ivor Jennings, Sir William Makell, Tuan bin Malik (hakim mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan) merupakan ahli-ahli yang menganggotai Suruhanjaya ini. Suruhanjaya Pelembagaan ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang berasaskan kepada pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Suruhanjay Reid telah mengumumkan sau rang undang-undang pada Febuarai 1957. Parti Perikatan membantah beberapa perkara seperti Islam tidak diterima sebagai agama rasmi di Tanah Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil bleh digunakan dalam perundangan Persekutuan selama 10 tahun selepas kemerdekaan dan seseorang dibenarkan mendapat dwikerakyatan iaitu menjadi rakyat Tanah Melayu dan sebuah negara lain pada masa yang sama. Rang undang-undang ini dikaji semula dan beberapa pindaan telah dbuat dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan berkuat kuasa pada 27 ogos 1957.
Pada 17 ogos 1957, Majli Perudangan Persekutuan telah mengesahkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan pada 31 ogos 1957, kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, kemerdekaan di Tanah Melayu telah dapat dicapai dalam tempoh yang lebih singkat iaitu 2 tahun lebih awal walaupun dalam manifesto pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan menetapkan tempoh 4 tahun untuk mendapatkan kemerdekaan. Pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu merupakan hasil tolak ansur antara kaum. Pemimpin terdahulu telah berusaha untuk mencapai kemerdekaan bagi negara ini dengan pelbagai cara terutamanya dengan menggunakan rundingan. Ini menunjukkan bahawa Parti Perikatan diterima oleh semua rakyat di Tanah Melayu.
Soalan: keadaan politik di NNM pada pertengahan abad ke-19
Pada pertengahan abad ke-19,belaku kekacaun di negeri Perak dan Selangor. Kekacauan ini tercetus apabila berlakunya perebutan takhta dan perang yang meletus dalam kalangan kongsi-kongsi gelap. Kemudian,sikap Sultan yang suka campur tangan dalam peetelingkahan antara kongsi-kongsi gelap tersebut. Pertelingkahan berlaku selepas penemuan bijih timah di Larut oleh Long Jaafar di Larut pada tahun 1848. di Selangor pula,berlaku perang saudara kerana perebutan takhta dan juga pergaduhan antara kongsi-kongsi gelap.
Di Perak,berlaku pertikaian merabut takhta. Hal ini kerana sistem perwarisan takhta di Perak berlainan dengan negeri-negeri lain.pertikaian ini bermula selepas kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Shah pada tahun 1851. sepatutnya, Raja Yusuf yang menjadi Raja Dihilir akan dilantik menjadi Raja Bendahara. tetapi,Raja Ismail yang dilantik. Hal ini kerana Raja Yusuf tidak disukai oleh Raja Muda Jaafar yang menjadi Sultan waktu itu. Raja Ismail pula,bukan waris yang berhak kerana ayahandanya berasal dari Siak.
Selepas itu, apabila Sulatan Jaafar mangkat pada tahun 1865, Raja Muda Ali dilantik menjadi Sultan. Raja Abdullah yang sepatutnya menjadi Raja Bendahara dilantik menjadi Raja Muda kerana Raja. hal ini demikian,kerana Raja Ismail tidak dapat dinaikkan pangkat atas alasan dianggap tidak layak. Raja Yusuf pula diketepikan buat kali kedua.
Apabila Sultan Ali mangkat pada 28 Jun 1871, Raja Abdullah tiadk dapat hadir ke majlis pemakamam Sultan Ali. Oleh itu, Raja Ismail dilantik menjadi Sultan yang bergelar Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah. Walaupun Raja Ismail menjadi Sultan, kuasanya hanya terbatas di bahagian Hulu Perak. Manakala, Raja Abdullah berkuasa di Hilir Perak. Konflik ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan pembesar di Perak. Raja Abdullah mendapat sokongan laksamana dan Dato’ Sagor serta kumpulan kongsi gelap Ghee Hin. Raja Ismail pula mendapat sokongan Ngah Ibrahim, Temenggung,Panglima Kinta, dan kumpulan kongsi gelap Hai San.
Setelah Raja Ismail menjadi Sultan,keadaan politik di Perak semakin kusut. Perang Larut pertama berpunca daripada seorang pelombong Hai San yang menyekat aliran air ke Ghee Hin. Suatu pergaduhan berlaku dan seorang Ghee Hin dibunuh oleh seornang aggota Hai San. Pada malamnya, tercetus peperangan. Peperangan tersebut dapat diselesaikan apabila Ngah Ibrahim membayar ganti rugi kepada orang Ghee Hin di atas kerugian mereka.
Pada perang Larut kedua yang beralak pada 1865 hingga 1867, adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati puak Hai San. Pertelingkahan berlaku apabila seorang anggota Ghee Hin ditikam oleh seorang anggota Hai San. Kemudian,tercetuslah peperangan. Perang ini dapat diselesaikan apabila pihak British akhirnya menjatuhkan hukuman denda sebanyak $5000 setiap satu kepada kedua dua pihak Ghee Hin dan Hai San. Sementara itu, ketua-ketua kngsi gelap ditangkap dan dibuang negeri.
Perang Larut ketiga berlaku berpunca daripada pembunuhan pemimpin puak Ghee Hin iaitu Lee Ah Kun. Pada Mac 1872, Ghee Hin menyerang Hai San. Puak Hai San berjaya ditewaskan. Puak Ghee Hin mengambil balik lombong-lombong meraka dan menduduki lombong Hai San di Klian Pauh. Ngah Ibrahim pula tidak mahu membantu Hai San. Tindakan Ngah Ibrahim itu menimbulkan kemarahan puak Hai San. Raja Abdullah memihak kepada Ghee Hin manakala Ngah ibrahim memihak kepada Hai San.
Keadaan politik di Selangor juga kacau bilau. Punca kekacauan disebabkan oleh perselisihan di kalangan kerabat diraja dan kegiatan lanun yang akhirnya mencetuskan perang saudara.
Perselisihan di kalangan kerabat diraja berpunca daripada sistem perwarisan takhta di Selangor. Hal ini kerana,sistem perwarisan takhta di Selangor bukan hanya ditentukan oleh pertalian kerabat antara Sultan dengan pewaris baginda semata mata,tetapi juga diengaruhi juga oleh tenaga-tenaga luar yang tidak dapat dikuasai oleh pewaris iu sendiri. Sebagai contoh,semasa Sulan Muhammad Shah menjadi Sultan,baginda telah menyerahkan daerah Sungai Klang kepada Raja Sulaiman iaitu putera sulungnya. Memandangkan Raja Sulaiman tidak bersungguh sungguh memajukan kawasan tersebut,Sultan Muhammad Shah menyerahkan kawasan tersebut kepada menantu saudaranya iaitu Raja Abdullah 6.,Tunku Jaafar. Raja Abdullah merupakan anak Raja Riau dan adik Raja Jumaat.
Tindakan Sultan Muhammad Shah itu dibantah oleh Raja Mahadi,iaitu anak Raja Sulaiman. Raja Mahadi berpendapat bahawa beliau sepatutnya lebih berhak menerima warisan ayahnya tetapi beliau diketepikan begitu sahaja oleh Sultan Muhammad Shah. Tindakan tersebut menjadi punca pertelingkahan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah sehingga tercetusnya perang saudara. Pada tahun 1853,sebelum Sultan Muhammad Sha mangkat,Raja Sulaiman,Raja Uthman dan Raja Yusuf berkelahi untuk merebut jawatan Raja Muda tetapi perkelahian tersebut berakhir dengan sendirinya apabila ketiga tiga mereka mangkat terlebih dahulu daripada baginda. Kemudian Sultan melantik Raja Mahmud iaitu anak bongsunya yang baru berusia 8 tahun menjadi Raja Muda.
Walaubagaimanapun, kedudukan waris takhta di selangor berubah apabila Sultan Mauhammad mangkat pada 1857. Tenku Puan Basik iaitu balu Sultan Muhammad mendesak supaya Raja Mahmud dilantik menjadi Sultan tetapi dibantah oleh para pembesar Selangor kerana Raja Mahmud masih kecil dan brau berusia 12 tahun. Pertelingkahan ini berlarutan selama 2 tahun sehingga Raja Abdul Samad,menantu Al Marhum Sultan berjaya mengusir Raja Muda Mahmud dan mengambil alih takhta negeri Selangor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Samad.
Selain perselisihan di kalangan kerabat diraja, kegiatan perlombongan bjiih timah dan kemasukan buruh-buruh cina juga menimbulkan banyak masalah kepada negeri Selangor. Keadaan ini bermula apabila Raja Abdullah membawa masuk buruh-buruh cina untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Lembah Sungai Klang. Apabila bilangan buruh-buruh cina bertambah,mereka memutuskan untuk melantik Hiu Siew sebagai ketua masyarakat cina di kawasan itu dengan gelaran kapitan cina. Setelah kematian Hiu Siew,Liu Ngim Kong telah dilantik menjadi kapitan cina yang kedua pada tahun 1861. tidak lama kemudian, selepas kematian Ngim Kong dalam bulan ogos 1868, Yap Ah Loy dilantik menjadi kapitan cina yang ketiga di Kuala Lumpur. Hari demi hari, bilangan orang cina yang datang ke Kuala Lumpur dan Kanching semakin ramai. Hal ini mendorong mereka memasuki kongsi-kongsi gelap tertentu untuk melindungi kepentingan masing-masing. Yap Ah Loy di Kuala Lumpur bersama-sama rakan rakannya menjadi ahli kongsi gelap Hai San yang bekerja di Kanching menjadi puak Ghee Hin.
Selain itu,perang saudara juga telah mencacatkan lagi suasana politik di negeri Selangor. Perang saudara bermula apabila Raja Mahadi berasa cemburu apabila Raja Abdullah berjaya memajukan kawasan Lembah Sungai Klang. Raja Mahadi menuntut hak yang sepatutnya beliau warisi daripada ayahnya tetapi beliau ditolak oleh Sultan Abdul Samad. Untuk mengelakkan sebarang pergaduhan, Raja Abdullah membayar wang saguhati setiap bulan kepada Raja Mahadi. Tetapi Raja Mahadi tidak berpuas hati kerana beliau mahu sekurang kurangnya mendapat setengah daripada hasil pendapatan Klang sebagai pencen. Semenjak peristiwa tersebut, Raja Mhadi menyimpan dendam kepada Raja Abdullah dan berusaha mencari sokongan bagi memblehkan tuntutannya dipenuhi.
Pada masa itu, orang Bugis yang menetap di bahagian pantai laut Selangaor,manakala Raja Abdullah menetap di Klang, Sultan Abdul Samad di Langat. Kawasan Ampang. Kajang, Kuala Lumpur, dan Cheras didiami oleh orag melayu Sumatera yang terdiri daripada orang Maling,Rawa dan Batu Bara. Hubungan antara orang Bugis dengan orang Sumatera memang sudah renggang pada abad ke-18 lagi kerana mereka selalu berperang menyebelahi Raja masing-masing untuk merebut kuasa Kerajaan Johor dan Riau. Selain itu, orang Bugis dan orang melayu Sumatera juga bergaduh disebabkan satu perselisihan faham. Dalam pergaduhan iu,Panchik Rasul(orang Batu Bara), telah mati dibunuh. Muhammad Akib(ketuan orang batu bara), menuntut kepada orang Bugis supaya pembunuhnya dihukum tetapi tuntutan itu ditolak oleh Raja Abdullah. Kemudian,Raja Akib meminta bantuan orang Batu Bara untuk menolong Raja Mahadi tetapi dengan syarat Raja Mahadi sanggup berperang dengan Raja Abdullah.
Setelah 5 bulan berperang, Raja Mahadi akhirnya menang dan memaksa Raja Abdullah berundur ke Melaka. Keadaan Sultan Abdul Samad emakin lemah kerana kekalahan Raja Abdullah dan baginda terpaksa mengalah dan bersetuju apabila Raja Mhadi berjanji untuk memberi wang 500 setiap bulan hasil kutipan cukai di Klang. Tidak lama berkuasa di Klang, terjadi perbalahan antara Raja Mahadi dengan Sultan Abdul Samad yang berpunca kerana Raja Mhahadi menghentikan bayaran bulanan kepada Sultan Abdul Samad seperti yang dijanjikan. Keadaan itu menyebabkan Sultan murka dan bertindak untuk memutuskan pertunangan puterinya iaitu Raja Arfah dengan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan bagi seluruh Selangor dan bagi daerah Langat kepada Tengku Kudin. Tujuannya adalah untuk mengusir Raja Mahadi di Klang.
Selepas kematian Raja Abdullah pada 1869,Raja Ismail iaitu putera Raja Abdullah meneruskan penentangan terhadap Raja Mahadi. Sultan Abdul Samad tidak mampu menyelesaikan persengketaan ini dan terus meminta bantuan Tengku Kudin. Pada mulanya, Tengku Kudin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah tetapi Raja Mahadi tidak mahu. Hal ini menyebabkan Tengku Kudin bergabung dengan Raja Ismail menentang Raja Mahadi sehinggalah tercetusnya perang saudara.
Pada 1869, Tengku Kudin dengan bantuan 500 orang askar dari Kedah mengepung kubu Raja Mhadi di Klang. Strategi yang mereka gunakan adalah mereka perlahan lahan menyekat barang-barang utama seperti makanan ke kilang. Tengku Kudinjuga menyekat perdagangan bijih timah di antara Klang dan kawasan darat di Selangor. Situasi semakin teruk apabila berlaku kekacauan antara pelombong-pelombong cina di Kuala Lumpur. Pada februari 1869,sahabat baik Yap Ah Loy ,Ah Sze dibunuh di Kanching oleh Chong Chong,bekas pelombong cina di Lukut. Kemudian, Yap Ah Loy dan 2000 orang cina dan melayu ke Kanching untuk menyiasat. Akhirnya, mayat Ah Sze ditemui tetapi Chong Chong lari menyembunyikan diri di kampong di Rawang.
Perang saudara merebak ke seluruh daerah Klang yang melibatkan pelombong –pelombong cina . puak Hia San berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Yap Ah Loy dan mendapat sokongan Tengku Kudin. Manakala puak Ghee Hin di Kanching dan bergabung dengan Raja Mahadi. Kesan perang ini ialah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan perdagangan di Selangor. Pada November 1872, angkatan gabungan Tengku Kudin dan Yap A Loy dengan bantuan orang bendahara Wan Ahmaddari Pahang menyerang Kuala Lumpur dan berjaya menawan kembali pada Mac 1873. pengusiran Raja Mahadi dan penawanan semula Kuala Lumpur membawa kepada berakhirnya perang saudara yang berlaku selama 7 tahun di Selangor.
Kesimpulannya,keadaan politik di kebanyakkan negeri-negeri melayu adalah tidak aman. Hal ini demikian kerana perebutan takhta serta pergolakan dalam kalangan kongsi-kongsi gelap. Namun begitu, masalah-masalah ini dapat diselesaikan. Kesan daripada peristiwa ini membawa kepada masyarakat setempat.
KUMPULAN 1 : NUR SYAFIQAH BT. FADZILLAH
NUR IZZATI BT. HAMBALI
sejarah 2
soalan 3
Bincangkan sebab-sebab darurat dan langkah-langkah yang diambil oleh inggeris untuk membanteras darurat.
Menjelang pertengahan tahun 1948,kempen pengganas komunis semakin hebat. Hal ini berpunca dari beberapa sebab. Darurat menyebabkan susasana kacau bilau dan huru hara di Tanah Melayu. Tindakan mereka ini adalah untuk menimbulkan kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pihak kerajaan. Untuk menangani masalah ini, kerajaan British telah melakukan beberapa langkah untuk mengembalikan keamanan.
Kemuncak keganasan berlaku pada Jun 1948 apabila tiga orang pemimpin KMT dibunuh di Johordan disusuli dengan ked pembunuhan 3 orang peladang Eropah pada 16Jun1948. oleh itu,Pesuruhjaya tinggi British Sir Edward Gent mengishtiharkan darurat pada 19 Jun 1948. selain itu, tindakan pasukan gerila yang beroperasi di seluruh negara dan memunyai rejim yang menjalankan pembunuhan secara bergerak.
PKM melakukan beberapa perkara yang menyebabkan darurat. Peringkat pertama adalah PKM bergiat untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan memusnahkan estet-estet getah dan lombong-lombong bijih timah, dua industri penting Tanah Melayu. Kemudian,PKM juga telah menawan dan menguasai kawasan-kawasan dan bandar-bandar terpencil bagi digunakan sebagai markas untuk menyerang pihak kerajaan.
Peringkat terakhir, dari markas-markas tersebut PKM akan cuba menghalau serta mengusir pihak British dari Tanah Melayu dan kemudiannya menguasai seluruh Tanah Melayu.
Justeru itu, sebuah kerajaan Republik Komunis Tanah Melayu akan dibentukkan untuk memerintah Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam pemberontakan bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-taktik perang gerila di mana pengganas-pengganas komunis beroperasi melalui unit-unit yang kecil di antara 200 hingga 400 orang dengan menggunakan senjata-senjata yang berjaya disorokkan semasa pendudukan Jepun yang telah dibekalkan oleh tentera British.
PKM juga telah menubuhkan satu unit bekalan dan pengintipan awam iaitu Min Yuen. Min Yuen memainkan dua peranan penting iaitu mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta memperolehi maklumat-maklumat mengenai kegiatan-kegiatan kerajaan dalam usahanya menentang PKM. PKM telah melancarkan serangan-serangan yang hebat ke atas estet-estet getah, lombong-lombong bijih timah, balai-balai polis dan orang awam antara tahun-tahun 1948-1951. Kejayaan paling besar PKM ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di jalan ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh inggeris ialah menambah kekuatan pasukan keselamatan. Kekuatan pasukan dan tenetra telah dipertingkatkan dan bilangan pasukan polis ditambah disamping pasukan polis khas, polis hutan dan polis tambahan ditubuhkan. Kemudian, tiga pasukan pengawal batolian dibawa khas dari England serta askar melayu melengkapkan pasukan meriam dan bantuan yang lain. Selain itu anggota dari negara komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand serta Hong kong juga turut dibawa masuk.
Langkah yang kedua adalah manjalankan rancangan Briggs. Leftenan Sir Harold Rowdon memperkenal rancangan bertujuan untuk menyekat bekalan makanan,wang,maklumat dan lain-lain kepada piahk komunis. Hal ini dilakukan dengan cara mengalihkan sokongan orang ramai terutamanya orang cina agar tidak memberi bantuan kepada pihak komunis.
Selain iu juga,kaedah yang digunakan di bawah rancangan Briggs ini adalah membentuk perkampungan baru yang desediakan khas dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan sosial. Merek dbenarkan keluar dari kampung mengikut masa yang ditetapkan oleh kerajaan. Rancangan ini adalah usaha kerajaan untuk menyususn semula penempatan penduduk yang bertaburan dan disatukan di kawasan seperti di pekan ,Bandar dan kawasan yan hamper dengan pusat pentadbiran. Langkah ini membolehkan pihak kerajaan menghalang mereka daripada berhubungan dengan ejen,penyokong atu pengganas komunis untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya.
Kerajaan juga menguatkuasakan undang-undang buang negeri dan penahanan . satu pasukan khas yang dinamakan Malayan Special Branch(MSB) ditubuhkan sebagai satu cawangan berasingan daripada CID diperingkat negeri dan daerah. Mereka ditugaskan untuk menyelidik, menyoal dan mendapatkan maklumat tentang Komunis. Kemudian,British membentuk sebuah pusat latihan secara sulit di Kuala Lumpur untuk melatih para pegawai MSB. Kerajaan juga membentuk hubungan dengan Perkhidmatan Perisik negeriThai dan meara-negara lain yang diancam komunis. Pakar-pakar cina juga disediakan bagi mengumpul keperluan MSB dan CID.
Kerajaan British juga menyusun semula sistem pentadbiran dengan meletakkan kuasa tentera pada kedudukan yang lebih tinggi daripada pentadbir awam. Pesuruhjaya Tinggi terpaksa mematuhi arahan Pengarah gerakan. Leftenan Jeneral Briggs telah mewujudkan sistem pentadbiran tentera yang diberi kuasa memutus(veto) dalam pentadbiran keselamatan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Jawatakuasa Kerja Perang . di bawah sistem ini.Briggs menubuhkan Majlis Perang Persekutuan ( Fedral War Council) yang ditugaskan untuk menggubal dasar secara umum.
Majlis Perang Persekutuan dianggotai oleh Pegarah Gerakan, Ketua Setiausaha, Setiausaha petahanan, Pesuruhjaya polis, Komander, Tentera Darat dan Komander Tentera Udara. Di peringkat negeri pula ditubuhkan Jawatankuasa Kerja Perang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan dibantu oleh para Pegawai kanan. Mereka bertindak untu membantu memberikan menyediakan maklumat dan menjalankan arahan. Di peringkat daerah pula, diwujudkan jawatankuasa Perang Daerah yang diketuai oleh pegawai daerah dan dibantu oleh ketua-ketua tempatan seperti penghulu dan ketua kampong.
Satu lagi langkah yang diambil di bawah rancangan Briggs adalah membentuk pasukan kawalan keselamatan sehingga ke peringkat daerah. Perkra ini dilakukan dengan membahagikan pasukan keselamtan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk digerakkan ke peringkat daerah dan kampung. Kerajaan juga menubuhkan Pasukan Pengawak Kampung yang diletakkan di bawah tentera. Mereka diberikan latihan menembak dan senjata api dibekalkan kerajaan kepada penduduk kampung yang terlibat. Mereka ditugaskan untuk mengawal keselamatan kampung daripada ancaman penceroboh dan geria.
Selain rancangan Briggs, kerajaan melaksanakan pengistiharan kawasan hitam dan putih. Pada Febuaray 1952, Sir Gerard Walter mengistiharkan kawasan putih dan kawasan hitam untuk menunjukkan kawasan yang bebas dari ancaman komunis. Jadi,gerila komunis dapat dikawal dengan berkesan. Melaka adalah negeri pertama yang di istiharkan kawasan putih dan diikuti negeri Sembilan,Selangor dan perak.
Langkah yang lain diambil oleh British ialah mengistiharkan undang-undang darurat. Terdapat empat perkara dalam undang-undang ini. Yang pertama ialah pendaftaran penduduk di Tanah Melayu. Setiap penduduk Tanah melayu yang berumur 12 tahun keatas mesti di daftarkan dan wajib mempunyai kad pengenalan. Langkah ini adalah untuk memudahkan pasukan keselamatan membezakan antara peduduk dengan komunis untuk memberi bantuan makanan dan bantuan-bantuan lain.
Perkara yang kedua adalah memperkenalka peruntukan khas di bawah undang-undang darurat. Undang-undang ini membolehkan seseorang itu ditahan tanpa had masa dan tanpa dibicarakan serta memberi kuasa kepada pihak polis untuk menggeledah dan menangkap tanpa waran. Selain itu membenarkan perintah berkurung di istiharkan,memberi kuasa kepada kerajaan untuk memenjarakan seseorang. Ini adalah untuk melemahkan kuasa PKM. Contohnya, pada tahun 1948,seramai 600 orang ahli kesatuan sekerja telah ditaha sebagai usaha untuk membanteras kegiatan subversive komunis.
Perkara yang ketiga adalah menguatkuasakan undang-undang buang negeri dan penahanan. Kedua-dua undang-undang ini membolehkan kerajaan menahan dan menghantar balik sesiapa yang didapati bersubahat dengan PKM. Contohnya, pada tahun 1948, seramai 5100 orang telah ditahan dengan menggunakan undang-undang ini. Tetapi, pada 1953, undang-undang buang negeri telah dimansuhkan.
Perkara yang keempat adalah melancarkan perang psikologi. Sir. Gerald Walter melancarkan perang psikologi untuk menguasai fikiran penduduk tempatan supaya bekerjasama dengan British untuk membanteras komunis. Sebilangan besar gerila komunis adalah orang cina. Mereka tidak berpuas hati terhadap karakyatan yang terkandung dalam Perjanjian Perselutuan Tanah Melayu. Jadi,British melonggarkan syarat-syarat kerakyatan disamping memberikan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang memberi maklumat tentang komunis.
Langkah yang kelima adalah memperbaiki politik dan pentadbiran. Pada 1948, kerajaan British mengamalkan dasar yang mengglakkan orang bukan melayu menubuhkan parti politik untuk membolehkan mereka terlibat dalam poltik secara sah. Penubuhan parti MCA oleh Tan Cheng Lock pada februari 1949 dapat menyatukan orang cina dari pengaruh komunis,PKM, dan negara China. MIC pula ditubuhkan untuk orang India. Pada 1954,parti Perikatan ditubuhkan untuk mewakili 3 kaum iaitu melayu, cin, dan india. Langkah persediaan kea rah kemerdekaan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Langkah pertama adalah memperkenalkan sistem ahli yang bertujuan untuk melatih orang melayu dalam pentadbiran. Yang kedua adalah memperkenalkan pilihan raya dan langkah terakhir adalah memberikan kemerdekaan kepada Tanah melayu.
Kesimpulannya, langkah-langkah yang diambil oleh British itu membawa Malaysia kea rah berkerajaan sendiri. Kerajaan British juga dapat memelihara dan mengekalkan hubungan politik yang berterusan dengan Tanah Melayu selepas merdeka bagi menjamin kepentingan ekonomi mereka terutamanya dalam sektor perlombongan dan perladangan.
Selasa, 19 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU!!!!!
hehehe...
assalamualaikum..
tanggal 18 mei 2009 skolah mengadakan sambutan hari guru
ini lah yg dinanti nantikan setiap tahun.
guru2 x sabar2 nk tgk apa yg student nk bg.
hihi..
i mean,
guru2 tggu je cmne student appreciate mereka
heee..
alhamdulillah
sambutan thn ni best!!!
walaupon ada jugak kesilapan teknikal yg membuatkan suasana yg agak kelam kabut,hem..but,great!!!sbb kami mmg bg cooperation yg mantap untuk sambutan ini.inilah yg menunjukkan betapa kami sgt teruja.
semua nya sbg bukti bahawa kami menghargai pengorbanan sorg guru bak nyanyian wan n the geng,lilin sorg guru..huahua...huahua..kami sume ikhlas untuk menjayakan sambutan ni.yg duk jauh2 cm dr sg bayor,tangjong lengkong,taman sri selama(x jauh pon,saja ja..haha..=p),sggp dtg.bgs3..;)..n taman2 lain.ngehngeh..kalo de kurang tu,maaf ya...huahuahuahua...
pengetua kita dengan segak nya tiba di hadapan dewan smk Dato' Haji Hussein di iringi oleh cikgu2 lain..kompang dipalu,dan tuan pengetua kita,EN. NORAZWAR disambut dengan senyuman manis anak2 sekalian.heeee..potpuri yg berbau lavender di tabur2..masyaALLAH!suasana yg ceria..=p..lepas ucapan tuan pengetua,guru2 kanan dan pembacaan watikah yg disampaikan oleh puan Rosnia,tuan pengetua bersama guru2 melangkah ke pentas.sebaik saja gong diketuk,music shuffle pon dimain kan dan tuan pengetua memotong kek.beliau juga sign pada perspek hari guru.heee..selepas menyanyikan lagu2 rasmi,......SURPRISE!!!surprise belon2 jatuh & kad yg besar gedebak tu mik mse dlm 3 hri la nk sambung itu ini..bg pihak GATINA,special thanx to FAIZ,SYEQAL,RIZAL,ADHWA,JONO,SHAPIQ,WANDI,AKMAL,KERUL N SUME DAK2 LAKI sbb brani mik risiko panjat sna sni.especially jono..haha..=p...then,kad yg lawa tuh hasil sentuhan NORMI RP..wawawa..pastu gong apa pelbagai,geng2 budak2 pmpuan lah.bunga2 pon pmpuan.agak ralat la scarlet pink jatuh.huhu..haishhhh!!rahsia.diam2 sudah.heeee...kami halalkan setiap klass2 yg kami skip(maaf ya cikgu2,kami x masok klass cikgu..huahua..!!)..pastu,special thanx jugak pd budak2 form6 dr semua klass iaitu klass PRA U 1,PRA U 2,PRA U 3,PRA U 4 sbb sggp dtg jauh2(klass ngn dewan kan jauh) semata mata unuk get hands tolong buat preparation.amat2 bertuah dpt kwn2 cm hampa.dah la baik2,comel2 suma.hahaha..=p
paling best!!tarian pop yeh yeh dr budak2 PRA U..haha..mmg best!(tp geram gak la ctr last2 minute..haha..bdy,mmg best!!)cikgu2 suma nya gelak3 je.haha..x cye??ni..
then
paling mengusik jiwa kalbu,nyanyian nasyid dr asrama skolah la.masyaALLAH!!SEDAP SORA DEPA!huhu..kalo sy jd cikgu,nangis2 dah..heeee..=p.cikgu rusdi pon terharu.haha..atas permintaan ramai,depa terpaksa nyanyi kali kedua.thanx yea pd WAN,ANNAS,NABIL n suma2 lah.soryy2,sy x kenal suma lah.huhuhu...lilin sorg guru,huh!!mendalam ooo lagu tuh!
nasyid perempuan pon best jugak.pandai adik2 kita nyanyi kan.heee..bgs3..suma nya sopan2 je..insyaALLAH..jd contoh pd budak2 lain.amin...
tiba2 cikgu KU JAISMAN nk karoake,sudah2..pening pala budak ni(ada lah..heee).hadus!!!malu deh!de kesilapan teknikal sket.huhuhuhu..pepon,suasana ttp ceria bila cikgu jais nyanyi.heeee.lagu pop yeh yeh jugak..bese lah,org lama an.suma audience terhibur la sbb sora cikgu sedap.masok ngn 60-an.suma duk sorak2.hee..tp,keadaan masih terkawal..hehe..=p
bila cik ainun kite deklamasi sajak,suma nya terkesima.ngehngeh..x igt la pulak tajuk apa sbb bz backstage.tp,best la.well,tgk org la!hee..cik ainun buat cikgu2 suma terharu dgn bait2 puisi yg meruntun jiwa seorang pendidik..heheheh..pepon,syabas cik ainun!!=)
choral speaking gempak!besalah.dak asrama an.heee..depa asrama suma nya best2.nashid,choral speaking,scrabble pon depa jugak.ngehngeh..mesty cikgu ANWAR bgga.heeee...
x kurang hebak jugok dih demo buak sketsa.sonok!demo juara sketsa daerah larut matang selama & kerian.nnti boleh la demo ni gati fauziah nawi,p ramlee ke,tobby mcguire pon buleh!heee..demo duk belakon pasal cakerawala.baguh jugok.kami pon dok tahu sgt pasal cakerawala.yalah,kami suma budok kemanusiaan.dok amik sc.heee..hebak3!=p(ckp loghat sg bayor..heee..sonok2..=p)
sesi bergambar!!ni most wanted!!kami suka bergambar la!ngehngeh..kesempatan ni kami mik amik gamba ngn cikgu.kat lam klass suma nya takot3.huhu..cikgu pon mak aih..cm mak datin!heeee...glamor3..
yg paling best,time penutup.kami kna kemas2 dewan.ha,suma nya bz buat keja.menyapu(tulah,sapa suh duk tabur mcm2..heeeeegurau2 saja.satgi bising lak akak2 kite yg tabur potpuri tuh..wiwiwiwi)..angkat meja,susun kerusi,adat la kan.last2,tuan pengetua bg kek!!yeayea..best3!!!..dengan iringan lagu 'i hate this part',kami pon potong la kek.pas makan,kek di calit calit ke pp.huhu...aksi kejar mengejar berlaku.tp,keadaan jugak terkawal..=p..time tuh terasa eratnya persahabatan kami.moga ALLAH memberkati persahabatan ini.mungkin ini kenangan di smkdhh.mungkin jugak untuk selama lamanya.huahua..nnti hampa pg U,kawen ke,jgn lupa au kita penah makan kek sama2.ngehngeh..pepon,sbelum kami pergi november nih,kami harap kami suma igt je kenangan2 kat form6 ni..sesungguhnya persahabatan itu sgt indah..heeee..n cikgu2 doakan kejayaan kami dlm stpm 2009 nih..(ketaq nih!)..amin fil alamin...=)assalamualaikum..
Ahad, 17 Mei 2009
ISLAM LIBERAL
Category: Religion and Philosophy

Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia.Dendam Iblis terhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengenangkan dia dihalau dan dipecat dari jawatan Ketua Para Malaikat gara-gara Adam.Setiap manusia tidak kira dia Kristian,Yahudi,Buddha,Hindu ataupun Islam mahupun Ateis, mereka adalah sasaran-sasaran untuk dikelirukan untuk meramaikan lagi jumlah penghuni neraka.Musuh yang paling dikehendaki dan tinggi nilainya untuk dikelirukan sudah tentu para pengikut agama Tuhan,Islam.Tetapi bagaimanakah Iblis dan proksi-proksinya di Bumi mahu mengelirukan umat ini yang diberikan Allah s.w.t AlQuran yang mulia dan menurunkan pula manusia luarbiasa dan teragung,Muhammad s.a.w kepada mereka?Terlampau banyak pula kelebihan dan senjata serta pendinding yang dimiliki mereka sama ada mereka sedar atau tidak sedar yang amat menakutkan para syaitan dan jin hamba Iblis.Bagaimana Iblis mahu mengelirukan umat ini?
Ini adalah jigsclue #06 di bawah codename "Islam Liberal"
Sila fahami baik-baik.
"ISLAM LIBERAL"

Apakah itu Islam Liberal?Siapakah Islam Liberal?
Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”
Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?Maksudnya penambahan kata 'Liberal' pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.
Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?
Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.
Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal
Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam.Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya.Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangkamasa kemunduran dan penjajahan.
Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:
Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.
Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.
Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.
Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.
Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.
Kenapa golongan ini paling berbahaya?Berbanding kelompok kedua,golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam.Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka.Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual,spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama.Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka,mereka akan tolak.Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.
Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama,pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri.Mereka bagaikan 'mengedit' syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata.Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf,solat,mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini.Unsur-unsur mistik seperti Tuhan,syurga dan neraka,azab kubur,padang mahsyar,kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.
Di antara ciri-ciri golongan Islam Liberal:
Cuba Mengubah Syariat
Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang.Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu.Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan,yang mana satu hukum manusia.Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.
Menolak dan Mengambil Ajaran Islam Sesuka Hati
Ini adalah ciri-ciri yang terdapat dalam golongan Sekular.Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajran-ajaran Islam mengikut selera mereka.Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet-bufet.Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut.Jika tidak menepati selera mereka,mereka akan menolak.Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular.Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di'rebranded'kan konsepnya dari ajaran asal.Sama ada mereka ini menolak AlQuran tetapi mengambil Hadis,ataupun menolak Hadis tetapi mengambil AlQuran.Ada juga yang menolak separuh isi AlQuran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya.Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.
Menganggap Ritual Dalam Islam Adalah Tahyul
Mereka bersikap angkuh mengatakan ritual dalam Islam adalah karut dan tahyul,padahal perkara ritual merupakan fitrah manusia.Manusia memerlukan unsur-unsur ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka.Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk;gabungan jasmani dan rohani.Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka.Manusia bukanlah robot ataupun mesin-mesin.Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap 'Ya Tuhan' apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata-kata.Apa perkataan terakhir Lenin manusia Atheis teragung dalam sejarah?Wasiat terakhirnya ketika nazak adalah
"Tuhan, aku sakit"...
Golongan Islam Liberal ini bersikap talam dua muka (berpura-pura) dalam berhadapan soal ini.Apabila diajukan amalan ritual yang beraneka ragam dan pelik-pelik dari agama penyembah berhala seperti Hindu dan Buddha contohnya,mereka cepat-cepat bersikap optimis dan terbuka dengan berpendapat itu adalah normal dan kepercayaan masing-masing.Apatah lagi jika berhadapan dengan golongan New Age yang mengamalkan penyembahan Iblis dan Syaitan dalam definisi moden dan komersil,golongan Islam Liberal yang bodoh sombong ini tiba-tiba bersikap 'humble' merendah diri tak bertempat.Padahal agama merekalah yang benar dan diiktiraf Tuhan Pencipta Alam.Diri mereka penuh dengan perasaan 'inferior' yang tak berkesudahan terhadap agama mereka sendiri.
Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama-agama lain mahupun pada amalan kaum-kaum pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan-hutan tebal dan gua-gua.Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain.Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam.Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat.Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut,manusia yang lemah dan bodoh ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik-pelik untuk memenuhi nafsu mereka.Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta,manusia yang bodoh sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri.Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.
Tidak Ada Perasaan Kasihkan Agama
Mereka sebenarnya tiada perasaan kasihkan agama mereka sendiri.Jika ada sudah semestinya mereka mengkaji dan mengkaji agama mereka sendiri dan cuba mempertahankan agama Islam yang mulia ini.Mereka juga tidak bangga beragamakan Islam.Mungkin mereka menyesal dilahirkan Islam.Alangkah baiknya mereka dilahirkan di Amerika beragamakan Kristian Sekular yang bebas dan melakukan segala-galanya bebas seperti seks bebas dan parti bogel beramai-ramai di tepi-tepi jalan.Mereka juga berangan-rangan mahu maju dan canggih seperti Barat.Islam bagi mereka adalah takdir yang paling malang bagi mereka.Islam bagaikan kutu-kutu yang menghisap darah mereka ataupun tahi ayam yang melekat di kedua lubang hidung mereka.JIKA BOLEH MEREKA MAHU MURTAD DENGAN SEGERA bagi sama-sama menghirup udara kemajuan dan pemodenan tajaan Barat dan sistem Dajal Laknatullah.
Berfikir Berdasarkan Logik Semata
Mereka adalah warisan kepada golongan Darwinisme dan Materialisme.Mereka suka memandang agama berdasarkan logik akal mereka yang terhad.Bagi mereka agama haruslah dilihat seperti satu ilmu sains yang terdiri dari rumus-rumus atau formula-formula tertentu.Mereka mencari-cari hukum sebab dan akibat dalam Islam.Apa-apa yang mereka tidak faham dalam Islam seperti persoalan ghaib (seksa kubur,kiamat,Isra' Mi'raj) bagi mereka hanyalah simbolik ataupun sengaja diada-adakan oleh ulama-ulama.Segala-galanya simbolik sahaja sehingga hukum-hakam pun simbolik sahaja.Hukum Hudud paling dibenci mereka dan sudah pasti,adalah paling simbolik dalam Islam dan tidak perlu dilaksanakan.Sehingga solat lima waktu pun simbolik apatah lagi soal bertudung yang wajib bagi wanita Islam.Maka keluarlah pelbagai hujah dan dalil dari ulama-ulama senget Islam Liberal mereka mahupun dari sumber-sumber Islam yang mereka selewengkan maknanya.'The Hidden Hand',pihak Orientalis Kristian dan para Missionari serta Yahudi pasti gembira bertepuk tangan menari-nari melihat kedunguan golongan Islam Liberal ini menghina agama sendiri.Padahal pada masa yang sama para elit mereka SECARA SENYAP-SENYAP MEMBUAT KAJIAN TENTANG AGAMA ISLAM DAN SISTEM-SISTEMNYA SERTA MENGAMALKAN KESEMUA KEBAIKAN DAN HIKMAH DI DALAMNYA.Contohnya yang paling mudah adalah sistem ekonomi.Riba digalakkan kepada orang luar,tetapi bagi sesama mereka,riba adalah DIHARAMKAN.INGAT!MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri apabila banyak persoalan yang disangka mereka ketinggalan zaman dan kolot contohnya AlQuran pada hari ini dibuktikan secara saintifik hari demi hari.Semakin ramai cendekiawan Barat memeluk Islam yang mulia tetapi pada masa yang sama golongan Islam Liberal ini makin jauh dari hidayah Tuhan.
Bencikan Ulama dan Penegak Agama
Golongan Islam Liberal teramat bencikan ulama-ulama,para mufti,ustaz-ustaz,para hafiz dan para pendukung Islam suci ini.Bagi mereka mereka adalah golongan jumud yang ketinggalan zaman.Kenapa mereka bencikan para pendukung agama ini?Ini kerana mereka sajalah yang dapat mengesan pembohongan para Islam Liberal ini kepada orang-orang kampung yang tidak nampak permainan kotor golongan Islam Liberal ini.Golongan Ulama lah yang berani bangkit mematahkan hujah-hujah bodoh mereka.Apabila ulama menegur keterlanjuran mereka,mereka menuduh golongan ulama sebagai pengacau dan penghalang kemajuan padahal tiada kaitan pun teguran ulama tadi kepada kemunduran umat manusia.Mereka setiap hari penuh dengan kebencian kepada para ulama dan mufti sehingga menyamakan mereka sebagai paderi-paderi zaman pertengahan di Era Kegelapan Eropah,padahal paderi-paderi tersebut telah menyeleweng dari ajaran nabi Isa dan menuruti fikiran sempit mereka yang seterusnya menghalang kemajuan.Tetapi adakah dengan mengharamkan poligami,menolak kewajipan bertudung,menolak Hudud,menafsirkan semula AlQuran dan Hadis membuatkan mereka lebih maju dan brpendidikan?TIDAK SAMA SEKALI.Malah golongan elit 'The Hidden Hand' berserta Kristian dan Yahudi ketawa terkekeh-kekeh melihatkan sikap 'inferiority complex' yang di tahap pelik dalam dos yang berlebihan dipamerkan oleh Islam Liberal ini.Ini samalah seperti golongan kafir tadi terjun ke dalam lubang najis,maka golongan Islam Liberal tadi ikut serta terjun ke dalam lubang najis yang hitam berkeladak lagi busuk.Tetapi apabila si kafir naik semula dari lubang najis tadi dan membersihkan diri,si Islam Liberal ini pula masih bermain-main dengan tahi yang busuk sambil tersengih-sengih sendiri.Ini membuatkan si kafir tadi merasa pelik pula dengan perlakuan si Islam Liberal tadi.Lama-kelamaan si kafir tadi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan si Islam Liberal yang terpinga-pinga berlumuran najis busuk.
Membesarkan Dalam Suasana Tidak Islamik
Golongan ini dilahirkan atau membesar dalam suasana yang kurang atau tidak Islamik.Kemungkinan ibu-bapa mereka teramat sibuk sehingga mengabaikan pendidikan agama ke atas anak-anak mereka.Ada juga di antara mereka berpendidikan agama tetapi malangnya terlampau lurus bendul sehingga mengalami 'culture shock' (kejutan budaya) apabila berhadapan dengan dunia luar yang mengelirukan.Kadang-kadang rakan-rakan atau orang di sekeliling mereka berfahaman non-Islamik ataupun kebanyakan rakan mereka adalah dari golongan non-Islam.Apabila mengalami kejutan budaya,mereka secara aneh mengalami proses 'inferiority complex' yang teruk bagaikan mendapat jangkitan kuman.Mereka semakin tidak percaya kepada agama sendiri.Tetapi masih ada sedikit keyakinan mereka,selalunya terhadap Allah s.w.t tetapi bagaimana dengan perintah-Nya,larangan-nya atau sistem-Nya?Mereka pun segera bergegas bertungkus-lumus mencari-cari hujah dan dalil berdasarkan ilmu agama yang mereka pelajari di universiti untuk menidakkan perintah,larangan ataupun sistem Allah s.w.t tadi.Alasan mereka,Tuhan tidak pernah berkata begitu,hanya ULAMALAH YANG MENGADA-NGADAKANNYA.Inilah alasan klise yang sering diberikan mereka.Segala-galanya salah ulama.Mereka yang dihantar belajar oleh bangsa dan umat Islam sebagai harapan untuk menjadi ulama pendukung agama Allah sebaliknya menjadi parasit yang melemahkan umat Islam dan menghina Ulama pula.Sebahagian dari mereka berpendidikan Barat ataupun belajar falsafah Islam dari Orientalis Barat yang bagi mereka lebih mulia dan suci dari Ulama yang pada mereka adalah ustaz kampung yang hanya layak mengajar alif ba ta kepada budak-budak hingusan di pondok-pondok buruk di hujung kampung.
Tidak Ada Sensitiviti Kepada Agama
Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri.Roh Islam itu tidak ada pada mereka.Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja.Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik,mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan 'keIslaman' mereka.Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam.Jika orang-orang kafir menghina Islam,mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam.Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam,mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi,berseminar ataupun menulis artikel-artikel di media-media cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka.Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka.Yang ada hanya sekular,materialisme,modenisasi,pembaharuan,liberal,demokrasi,kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi 'hukum agama' paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu.Sama ada Islam dihina,dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut AlQuran dan Hadis.Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam.
Persamaaan
Ini adalah topeng yang selalu dipakai oleh Islam Liberal.Bagi mereka manusia sepatutnya diberikan hak-hak samarata sebagai manusia.Kemudian persoalan ini meleret-leret sehingga kepada agama.Golongan Islam Liberal mempercayai agama di dunia semuanya sama.Mereka amat menghormati agama lain.Perasaan menghormati dan merendah diri melebih-lebih sehingga sanggup melacurkan agama sendiri demi mengikut selera penganut agama lain.Bersikap tegas dalam beragama menjadi pantang bagi mereka dan terasa dirinya kolot dan jumud jika mempertahankan maruah Islam,agamanya sendiri.Mereka lebih rela membiarkan agama mereka dihina dan dipermainkan penganut agama lain dari digelar 'fundamentalist','religious' dan sebagainya.
Kebebasan
'Kebebasan' adalah kata kunci bagi golongan Islam Liberal yang menerangkan sikap,ideologi dan halatuju perjuangan mereka.Bagi mereka ajaran Islam adalah terkongkong dan jumud.Terlampau banyak peraturan yang menyusahkan.Tidak boleh itu tidak boleh ini.Kalau boleh mereka mahu menulis semula AlQuran sebagaimana para paderi Kristian ataupun para rabbi Yahudi yang sesuka hati meminda Injil dan Taurat mengikut selera mereka.Sebab itu ada golongan yang mahu hadis nabi dinilai semula.Bagi mereka ajaran AlQuran dan Hadis tidak sesuai diamalkan di dalam dunia hari ini yang bebas berdemokrasi.Mereka mahu lepas bebas sebebasnya dari kongkongan Islam.Padahal mereka tidak menyedari setiap peraturan dalam Islam mempunyai hikmah dan kebaikannya.Adakah Tuhan membuat hukum-hakam sesuka hati-Nya?Adakah Tuhan menyusahkan manusia?TIDAK.Sebenarnya tanpa peraturan,manusia lama kelamaan akan hidup seperti haiwan.HAIWAN ADALAH HIDUPAN TANPA PERATURAN.Pernah dengar istilah HUKUM RIMBA?

Jadi golongan Islam Liberal akan berusaha membebaskan diri dari ajaran dan peraturan Islam yang ingin membentuk insan kamil, ke arah HUKUM RIMBA yang bebas seperti seks bebas dan berbogel beramai-ramai secara berjemaah mempamerkan kemaluan masing-masing di jalanan.Kebebasan apakah yang ingin dibawa oleh golongan Islam Liberal?Manusia akan dibebaskan dari peraturan dan ajaran Islam yang sebenarnya berfungsi sebagai pendinding atau benteng dari tipu muslihat Iblis yang berkoloborasi dengan Dajal Al-Muntazhor a.k.a 'The Hidden Hand'.Pada akhir cerita nanti,manusia yang dungu ini akan diperangkap pula ke dalam sistem Dajal Laknatullah tadi.Selepas dibebaskan dari sistem hidup Islam,manusia-manusia dungu ini akan disogokkan dengan gaya hidup Barat yang happy go lucky,menyeronokkan,moden,bebas dan 'cool'.Akhirnya mereka akan menjadi penyembah tegar nilai-nilai Barat.Mereka tidak lagi dapat menggunakan fikiran mereka dengan sendiri.Jika ada nilai Barat yang menjijikkan ataupun mengelirukan, mereka tetap mendiamkan diri sambil menikmati gaya hidup Barat yang lain walaupun telah nampak kebenaran Islam itu sendiri meskipun dari mulut orang-orang Barat yang insaf dan nampak apa yang terjadi.Jadi di mana kebebasan?Semuanya menjadi satu kaedah mindcontrol yang ganas dan kejam.Manusia tadi akhirnya tidak bebas dan terkongkong daalm ertikata yang sebenarnya.Tiada kebebasan sebenarnya dalam sistem Dajal-Kristian-Yahudi.Manusia akan dihalang dari menemui kebenaran Pencipta mereka sendiri.Mereka akan dikhayalkan secara berterusan sehingga mati dalam keadaan hina-dina walaupun dikuburkan di kawasan perkuburan mewah dalam keranda emas sekalipun.MATI DALAM KEADAAN KELIRU lebih menyedihkan dari mati dilenyek lori 16 tayar di jalanraya seterusnya tercampak ke dalam parit busuk.
Setelah mengetahui sebahagian ciri-ciri yang terdapat di dalam golongan Islam Liberal,kita boleh mengagak siapakah dia Islam Liberal di sekeliling kita.Modus operandi tetap sama.Sebaik sahaja mereka beraksi,kita dapat mengetahui mereka adalah golongan Islam Liberal berdasarkan tindak-tanduk mereka dan kata-kata mereka.Jadi siapakah golongan Islam Liberal ini?
Di antara golongan Islam Liberal adalah:
Golongan AntiHadis
Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong AlQuran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula ("Hadis:Satu Penilaian Semula").Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi.Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat.Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah.Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi.Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis nabi.Bagaimana mereka mahu menunaikan solat,kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam AlQuran.Malah rukun Islam,Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci daalm AlQuran tetapi dijelaskan dalam hadis nabi.Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari AlQuran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat-bulat dalam AlQuran
"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)
Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh,Asar dan Maghrib.Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari.Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis nabi.Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa AlQuran adalah hadis yang sebenar dan terbaik.Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan.Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia hukum Tuhan!Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah).Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w.Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari 'Kerajaan Langit'.Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia?Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka?Melalui kata-kata di dalam hati?Jika manusia sudah cukup pandai memahami AlQuran,tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad.Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan AlQuran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline "kembalilah kepada AlQuran".Adakah kata-kata nabi itu menyimpang dari AlQuran?Sungguh pelik pemikiran mereka.Mula-mula mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis).Selepas itu jika orang ramai percaya,mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu,takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar).Selepas itu mereka akan mengatakan "Hadis tak boleh pakai".Selepas itu hadis-hadis pun diharamkan,dari segi fizikal,mungkin ada acara pembakaran buku-buku hadis di tengah-tengah padang.Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan...mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri.Mereka bukan kembali kepada AlQuran,itu cuma pembohongan semata,tetapi mereka akan menafsirkan AlQuran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t).ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN ALQURAN.Mana yang lebih baik,berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu?Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu AlQuran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab-kitab hadis tadi.Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA,KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU,RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA.Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.
Golongan Bencikan Nabi
Ini adalah golongan yang berasal dari golongan antihadis.Golongan yang bencikan nabi adalah automatik bencikan hadis iaitu sabdanya.Golongan ini pada awalnya menyatakan provokasi terhadap peribadi nabi seperti mempersoalkan jumlah isteri nabi,amalan seharian dan sebagainya.Mereka akan bertungkus-lumus memunggah buku-buku di perpustakaan mencari fakta sejarah yang mahu diselewengkan.Maka keluarlah kenyataan-kenyataan pelik yang bertujuan merendah-rendahkan Nabi seperti Nabi Muhammad gila seks,Nabi hanyalah ketua kabilah,janggut Nabi umpama janggut kambing,Nabi sukakan peperangan dan 1001 penghinaan ke atas Nabi Muhammad yang diakui Manusia Teragung yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika.Golongan ini akan berfikir siang dan malam,ketika makan,ketika bermain,ketika bekerja atau sebelum tidur apakah lagi hujah untuk merendah-rendahkan Kekasih Tuhan ini.Sama ada mereka menyimpan perasaan dengki kepada Nabi Muhammad ataupun terikut-ikut rentak Yahudi yang membenci nabi-nabi mereka malah membunuhnya.Mungkin,sekiranya Rasullullah s.a.w masih hidup di kalangan kita hari ini,merekalah yang gigih siang dan malam berfikir bagaimana mahu membunuh Rasullullah s.a.w.Kebencian mereka kepada Nabi Muhammad membuak-buak dan amat tidak tertahan lagi.Tidak tahu apa sebabnya walaupun nama-nama mereka melambangkan keIslaman mereka.Manusia yang disanjung mereka sudah tentulah Salman Rushdi Laknatullah dan yang sewaktu dengannya.Kalau boleh Salman Rushdilah yang sesuai dilantik menjadi Rasullullah mereka menggantikan Nabi Muhammad yang gila seks dan berjanggut seperti kambing.Begitu hina Nabi Muhammad di mata mereka padahal bagindalah Kekasih Tuhan yang dipuji-puji segenap penduduk langit dan bumi.Tanpa baginda,tidaklah Allah Azza Wa Jalla menjadikan segenap makhluk dan semesta.Apabila sudah tua nanti di mana maut melambai-lambai dan segala kekuatan telah lenyap barulah tersedar bahawa aksi-aksi mereka semasa muda memburuk-burukkan Rasullullah Kekasih Tuhan adalah perlakuan yang teramat bodoh dan dungu sekali melebihi tahap cipan di hutan-hutan.
Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)
Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan).Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan.Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta-fakta agama berkaitan hak-hak wanita untuk dikelirukan.Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya,mereka akan cepat-cepat mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus.Isu agama yang paling popular untuk dikelirukan adalah poligami.Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia.Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya?Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan 'mangsa' poligami.Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya.HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah.Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya,bukan untuk mengongkongnya.Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya.Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL.Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan,jangan mimpilah nak berpoligami.Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh.Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan.Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun,tujuan nabi dan siasah nabi ketika itu dalam berpoligami.Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin.Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita.Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam,wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.
Bayi perempuan dibunuh dan dianggap sial.Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba-hamba.Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita.Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat.Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya.Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya.Nabi berdakwah,turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:
"...Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..." (Khutbah Terakhir Rasullullah)
Siapa yang benar-benar ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.
Mengapa?Mengapa ini terjadi?...Jawablah wahai wanita Islam Liberal.Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya.Ayat-ayat di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya.Inilah kata-kata agung dari seorang yang teramat mulia.Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing,pembangunan kota Mekah dan Madinah,persiapan peperangan,soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA...setaraf dengan persoalan solat lima waktu,zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda.Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut,baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik
"ummati...ummati...ummati..."
dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.
Golongan Modenisasi dan Demokrasi
Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai.Pergerakan mereka sistematik dan tersusun.Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar.Perwatakan mereka menarik dan kemas.Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka.Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah seseuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka.Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.
Mereka berfikiran terbuka.Mereka amat menghormati agama-agama lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata.Mereka gemar berkawan dengan rakan-rakan dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka.Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam.Golongan ini terdiri daripada ahli politik,pemimpin-pemimpin dan ahli korporat.Mereka amat menghormati hak-hak individu dan kebebasan bersuara.Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya Hukum Hudud melanggar hak asasi manusia.Tidak ada cita-cita untuk melaksanaka sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang-undang negara.Sebut sahaja "Hudud" mata mereka seakan terbelalak dan tiba-tiba tubuh terasa panas seperti mahu demam.Begitu bencinya mereka terhadap hukum Allah Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina,tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah.Sebut "hudud" tergambar tangan yang terpotong,padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan.Ada saksinya,ada perbicaraannya,ada budi bicaranya.Jika tidak cukup saksi,pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda.Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang-undang dalam Islam.Ini tidak belum apa-apa lagi sudah sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan.Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.
Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam,modenis Islam,pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya.Perasaan 'inferiority complex' terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi,Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi,sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.
Begitulah di antara jenis-jenis golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam umat Islam.Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama berdasarkan akal.Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan agama-agama lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI.Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata:
"Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam"
Mereka selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf.Mereka perlu disedarkan.Mereka sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Sama ada mereka sedar atau tidak,mereka telah menjadi sebahagian dari barisan hamba-hamba Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama yang diredhai Allah s..w.t,Islam.
Berhati-hati dengan golongan ini.PERHATIKAN KE MANA ARAH TINDAKAN MEREKA DAN SETIAP PERCAKAPAN MEREKA.Rujuk Jigsclue ini selalu.Insya Allah anda tidak akan terperangkap dalam permainan kotor mereka.